INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN JULAI 2024

RM1,090 / 36.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

35 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang untuk kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Syukur alhamdulilah, program pada bulan Jun ini sebanyak 150 pek beras 5kg telah diagihkan pada 23 Jun 2024 yang lepas. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penyumbang setiap bulan dan juga ianya telah memanfaatkan keluarga yang memerlukan biarpun hanya beras sahaja. Alhamdulillah pada bulan Jun ini, sumbangan telah melebihi RM 2000 dan ianya banyak membantu kita untuk menambah jumlah bilangan beras yang boleh diagihkan.


Tiap-tiap bulan, program ini tidak putus memberi manfaat kepada penerima yang benar-benar layak biarpun terkadang sasaran kempen kita tidak mencapai apa yang diperlukan. Namun, pihak NGO telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan biarpun tidak banyak, ianya berterusan untuk membantu masyarakat.



Jumlah kutipan kita semua untuk bulan June yang lepas




Antara penerima yang menerima manfaat hasil daripada sumbangan orang ramai


Ada diantara penerima yang menerima uzur dan mengalami masalah penglihatan akibat kecederaan dan sejak lahir lagi. Namun, itu semua yang telah menyatukan kita untuk terus membantu mereka yang dalam keadaan yang memerlukan tersebut. Jika bukan kita, maka siapa lagi yang akan meringankan beban mereka. Biarpun apa yang kita lakukan ini tidak besar, namun ianya sangat dihargai oleh mereka yang benar-benar memerlukan ini.


InshaAllah program beras ini akan berterusan secara bulanan dan tidak akan terhenti di sini sahaja. Hal ini kerana kami yakin dan percaya bahawa sekecil-kecil usaha kami ini mampu memberi seribu makna kepada mereka yang memerlukan.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

ISDALINAH BTE BUANG

Menyumbang sebanyak RM300.00

Jul 31, 2024

KHADIJAH NIKNATAIB

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2024

Kempen Sumbangan Tamat