INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN OGOS 2023

RM1,635 / 54.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

99 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang ke kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Alhamdulilah program pada bulan Julai sebanyak 40 pek beras telah diagihkan pada 23 Julai 2023 yang lepas. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penyumbang setiap bulan dan juga ianya telah memanfaatkan keluarga yang memerlukan biarpun hanya beras sahaja.



Penyerahan oleh wakil NGO kepada penerima yang layak


Kami konsisten untuk menjadikan ini program bulanan yang akan kami anjurkan kerana kami yakin bahawa biarpun ianya hanya satu pek beras sahaja, namun ia memberi makna yang sangat besar kepada penerima tersebut. Oleh itu, kami akan lakukan yang terbaik sambil disokong oleh anda sekalian dalam usaha kita bersama untuk membantu mereka yang memerlukan ini.



Pihak kami percaya biarpun bantuan tersebut tidaklah begitu banyak, namun sedikit sebanyak apa yang kita bantu hasil sokongan daripada penyumbang sekalian amatlah memberikan kesan yang besar kepada penerima tersebut untuk meringankan sedikit bebanan mereka. Bagi memastikan tidak ada yang tercicir dan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima, penerima perlu menurunkan tandatangan penerimaan agar bantuan untuk fasa seterusnya akan lebih mudah untuk diagihkan kepada mereka kelak.



“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat