INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN OGOS 2024

RM90 / 3.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang untuk kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Syukur alhamdulilah, program pada bulan Jun ini sebanyak 90 pek beras 5kg telah diagihkan pada 27 Julai 2024 yang lepas. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penyumbang setiap bulan dan juga ianya telah memanfaatkan keluarga yang memerlukan biarpun hanya beras sahaja. Alhamdulillah pada bulan Julai ini, sumbangan telah melebihi RM1,000 dan ianya banyak membantu kita untuk menambah jumlah bilangan beras yang boleh diagihkan.



JUMLAH SUMBANGAN ORANG RAMAI PADA BULAN YANG LEPAS UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN.


Tiap-tiap bulan, program ini tidak putus memberi manfaat kepada penerima yang benar-benar layak biarpun terkadang sasaran kempen kita tidak mencapai apa yang diperlukan. Namun, pihak NGO telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan biarpun tidak banyak, ianya berterusan untuk membantu masyarakat.



Ada di antara penerima yang uzur dan mengalami masalah penglihatan akibat kecederaan dan sejak lahir lagi. Hal ini juga telah menyatukan kita untuk terus membantu mereka yang dalam keadaan yang memerlukan tersebut. Jika bukan kita, maka siapa lagi yang akan meringankan beban mereka. Biarpun apa yang kita lakukan ini tidak besar, namun ianya sangat dihargai oleh mereka yang benar-benar memerlukan ini.



Insya-Allah program beras ini akan berterusan secara bulanan dan tidak akan terhenti di sini sahaja. Hal ini kerana kami yakin dan percaya bahawa sekecil-kecil usaha kami ini mampu memberi seribu makna kepada mereka yang memerlukan.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2024

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat