ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 13, 2025

INFAQ BERAS BERBAGI KEBAHAGIAAN DENGAN PELAJAR DI PUSAT PENGAJIAN

RM625 / 6.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita bantu anak-anak ini teruskan perjuangan ilmu dengan mengirimkan beras dan keperluan asas mereka. Semoga sumbangan anda menjadi pemudah urusan pembelajaran mereka.


Ramai pelajar di madrasah dan pusat tahfiz kecil belajar dalam keadaan yang sangat sederhana. Ada yang hanya makan sekali sehari kerana kekurangan bekalan makanan.



Kebanyakan madrasah ini tidak mengenakan bayaran kepada pelajar kerana dijalankan atas dasar waqaf dan sumbangan orang ramai. Namun, keperluan asas seperti beras sering tidak mencukupi.


"Dalam sebulan, kami perlukan sekurang-kurangnya 34kg beras untuk anak-anak tahfiz makan. Kadang-kadang terpaksa berpuasa bukan sebab sunat, tapi sebab dapur tak ada makanan.” salah seorang pengurus madrasah.



Kami telah menyenaraikan lebih dari 15 madrasah dan pusat Quran di kawasan Jawa Barat yang sedang memerlukan bantuan beras. Melalui kempen ini, kami menyasarkan untuk mengumpul 1,000 kilogram beras untuk dihantar ke pusat-pusat ini. Dengan infaq anda:


1. Anak-anak tahfiz dapat makan dengan cukup setiap hari.

2. Mereka boleh fokus belajar dan menghafal Quran tanpa rasa lapar.

3. Anda mendapat pahala berpanjangan sebagai sadaqah jariah.



Ayuh kita bantu anak-anak ini teruskan perjuangan ilmu dan Quran. Infaq beras anda hari ini boleh jadi penyambung harapan mereka.


"Siapa yang memberi makan kepada seorang mukmin yang lapar, maka Allah akan memberinya makan dari buah-buahan syurga." (Hadis Riwayat Tirmizi)



Sumbangan anda hari ini adalah bekal akhirat yang tidak ternilai.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 15, 2025

Kempen Sumbangan Tamat