Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM240 / 8.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah kita sudah memasuki terawal bulan Zulkaedah. Tahukah anda keutamaan bulan Zulkaedah?
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (At-Taubah 9:36)

Tatkala kita memasuki bulan mulia Zulkaedah, kita disajikan dengan kesempatan yang amat bernilai untuk meningkatkan amal ibadah dan kebaikan. Dalam bulan ini, setiap langkah kebaikan yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah SWT. Namun demikian, kita juga diingatkan untuk menjauhi segala bentuk maksiat dan dosa, kerana ganjarannya pun akan berlipat ganda.

Asar Humanity mengajak anda untuk turut serta dalam amal kebaikan dengan berinfaq, menjadi satu bentuk berkhidmat kepada Allah SWT serta membantu meringankan kos makanan harian pelajar maahad yang berasal dari keluarga dhuafa.

Infaq bermula RM10 yang anda berikan akan diarahkan untuk memberi bantuan makanan asas berupa beras kepada para pelajar maahad tahfiz Al-Quran. Mereka adalah generasi masa depan umat Islam yang sedang berusaha gigih dalam menuntut ilmu agama. Namun, mereka juga memerlukan sokongan kita untuk memenuhi kebutuhan asas, terutama dalam hal makanan dan keperluan harian.

Marilah kita manfaatkan kesempatan di bulan Zulkaedah ini untuk berbuat kebaikan dan menunaikan amalan jariyah. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Tim Ksatria Asar Humanity kembali menyalurkan amanah dari Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan kepada Maahad Arriyadul Hijaiyah, Serang, Banten.
Di sinilah 70 pelajar maahad yang berasal dari keluarga kurang mampu, mendapatkan kesempatan belajar ilmu agama. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Bantuan pakej makanan asas berkhasiat ini dapat menjadi bekalan selama beberapa hari ke depan. Pengurus maahad sangat berterima kasih, tak henti memanjatkan berdoa kepada Allah semoga para penyumbang diberikan kesehatan dan rizki yang berlimpah. Bantuan anda sangat membantu meringankan kos kebutuhan makanan di maahad ini.
Petang hari itu kebetulan pelajar maahad sedang menjalankan puasa sunnah, beberapa jam lagi menuju berbuka puasa mereka bersiap memasak di dapur sederhana. Hari itu mereka sangat senang karena akan makan bersama dengan makanan pemberian orang-orang dermawan. MashaAllah!
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity


Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 11, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2024