PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Apr 06, 2023

INFAQ BERKAH PERTANIAN

RM30 / 0.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Projek Infaq Berkah merupakan projek infaq peralatan pertanian untuk membantu kaum ibu tunggal dan ibu asnaf miskin bagi projek pertanian padi dan penghasilan beras yang berkualiti serta organik.


Projek Infaq Barakah ini merupakan satu inisiatif yang cuba dibantu oleh B-Humanity @ Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan untuk membantu pembangunan ekonomi kaum ibu tunggal dan ibu asnaf miskin di Kampung Budun, Patani. Inisiatif ini diambil apabila ada seramai 50 orang kaum ibu yang terdiri daripada ibu tunggal, asnaf fakir miskin, dan kurang berkemampuan melaksanakan dua atau tiga kerja dalam sehari. Namun, penghasilan pendapatannya masih tidak mencukupi untuk menyara keluarga bagi kehidupan seharian. 


"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas, Maha Mengetahui."

(Al-Baqarah 261)



Ditambah pula dengan penghasilan pertanian daripada padi ini mengambil masa yang begitu lama dan rumit dek kerana ketiadaan mesin moden untuk menguruskan padi dengan lebih sempurna. Semuanya diolah dengan secara tradisional menggunakan tulang empat kerat sehingga kelelahan dan hanya dapat menghasilkan kuantiti yang sedikit setiap kali musim menuai.






Kaum-kaum ibu di situ menyasarkan sesegera yang mungkin supaya mereka akan beralih kepada sistem moden untuk penambahbaikan kualiti penghasilan dan produktiviti dalam menghasilkan beras organik dan halal bermutu tinggi.



Mudah-mudahan berkat dari infaq ini dapat membantu mereka agar dapat memberi manfaat buat ummah dan menjadi jariyah buat kita di akhirat kelak. Jom sama-sama menyumbang bagi menjayakan Projek INFAQ BERKAH ini. Semoga amalan kita memperoleh keberkatan daripada Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 12, 2023

Kempen Sumbangan Tamat