ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Apr 30, 2024

INFAQ BERTERUSAN BANTUAN PALING ASAS UNTUK SAUDARA DI GAZA

RM636

Telah terkumpul

27 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Saudara kita di Gaza masih memerlukan huluran tangan. Jangan berhenti hantarkan bantuan dan solidariti kepada saudara-saudara kita di Palestin!


Dalam penjajahan Zionis yang tak berkeputusan ini, di mana kehidupan dan martabat manusia di Gaza terus tercabar oleh serangan kejam Zionis Israel, sokongan kita adalah kekuatan terbesar.



Pasukan kami memberikan kabar, projek tandas yang seharusnya dilakukan untuk keselesaan saudara kita di Gaza, terhenti di tengah jalan oleh tangan kekejaman penjajah. Tim pembinaan tandas terpaksa harus diselamatkan. Tidak cukup hanya merusak infrastruktur, mereka juga menghancurkan bahan binaan yang sudah dibeli. Kekejaman Zionis menghancurkan harapan dan kehidupan. Namun, ketabahan mereka tidak goyah. Walaupun kita mungkin tidak dapat membantu mereka secara langsung, kita boleh menjadi suara bagi yang tidak terdengar.



Dengan keprihatinan yang dalam, kita mengetahui bahawa 94 profesor universiti, ratusan guru, dan ribuan pelajar telah menjadi mangsa dalam serangan kejam ini. Setiap nyawa yang hilang meruntuhkan sebahagian daripada masa depan Gaza.



Laporan daripada Euro-Med Monitor mengejutkan kita dengan kebiadaban yang tidak terkira. Tokoh-tokoh akademik dan saintifik disasarkan secara langsung, menggempur asas kecerdasan Gaza. Namun, di tengah-tengah kekejaman ini, harapan tetap hidup, tetapi tidak tanpa bantuan kita.



Situasi yang terus genting di Gaza menuntut tindakan segera. Konvoi bantuan yang dihalang oleh Israel, menyumbang kepada krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Namun, kita tidak boleh berdiam diri.



Jangan berhenti di sini!


Melalui sumbangan dan kepedulian kita, kita dapat menyediakan bantuan yang paling asas iaitu makanan, air minum, pakaian, selimut, dan keperluan kebersihan. Walaupun akses ke Gaza terhalang, keinginan kita untuk membantu tidak boleh disekat.



Sumbangan dari hati ke hati akan membantu meringankan penderitaan saudara kita di Gaza. Bersama-sama, kita dapat memperjuangkan hak mereka untuk tanah air dan kemerdekaan, termasuk membebaskan Masjid Al Aqsa yang terus terancam.




Bersama-sama, mari kita jadikan suara kita sebagai alat perjuangan. Bersama-sama, kita dapat membawa perubahan. Bersama-sama, kita dapat memberikan harapan. Bersama-sama, kita adalah Gaza. Semoga Allah memberikan perlindungan dan keberkahan yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2024

RAMLAN JINAL

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2024