Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,675 / 55.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
47 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kami tidak akan lelah mengingatkan kembali kepada anda keutamaan pada hari-hari terawal Zulhijjah, karena hari-hari istimewa ini sayang sekali untuk dilewatkan dengan hanya kegiatan yang biasa. Jangan sampai kita terlepas dari kesempatan melipatgandakan pahala amalan kebaikan. Asar Humanity menjemput anda untuk memaksimalkan amalan shalih salah satunya dengan berinfaq bagi anak-anak yang dicintai Rasulullah SAW.
Dari Sahl bin Sa'ad dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Aku dan orang yang menanggung anak yatim yaitu kedudukannya di surga seperti ini, 'kemudian beliau mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau, serta agak meregangkan keduanya (HR Imam Bukhari)
Insya-Allah, dengan serendah RM10, anda dapat membantu menyediakan sedekah makanan berkhasiat dan air minum untuk anak yatim dhuafa. Asar Humanity menjumpai beberapa maahad dhuafa yang sangat memerlukan bantuan. Mereka berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Nasib baik buat mereka kerana pengasas maahad masih menampung mereka tinggal dan juga memberikan pengajaran agama Islam.
Mari kita mengambil bahagian menyantuni anak-anak yatim tahfiz dhuafa. Mereka ini adalah yang akan meneruskan bangsa dan agama. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Raih keutamaan hari Jumaat dengan sedekah dan infaq melalui Asar Humanity.
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan
Semoga khabar ini menemui anda serta keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah hari ini pasukan Asar Humanity telah menyampaikan amanah dari muhsinin berupa program bantuan makanan berkhasiat untuk pelajar Maahad Yatim dhuafa. Bantuan kali ini kami sampaikan kepada pelajar Maahad Tarbiyatul Hasanah yang berlokasi di desa Mekar Baru, Kopo, Serang Banten dan Maahad Al-Abror di Desa Rancasumur, Kopo, Serang, Banten.
Maahad ini merupakan Maahad tradisional yang dihuni baik pelajar Maahad mukim maupun non-mukim dari anak-anak warga sekitar yang jumlah totalnya berjumlah lebih dari 100 anak.
Maahad Al-ansor beberapa waktu kemarin mendapatkan ujian yaitu terjadinya kebakaran di Maahad mereka. Maahad yang 90% terbuat dari kayu dan bambu lebih mudah terbakar api yang disebabkan kerusakan pada kabel elektrik.
Bantuan makanan ini menjadi pelipur lara di tengah kesulitan yang sedang mereka hadapi. Ucapan terimakasih disampaikan pengurus Maahad serta pelajar Maahad yang menerima bantuan program ini. Mereka berharap program ini terus berlanjut dan semakin banyak pelajar Maahad atau lain yang dapat merasakan bantuannya.
"Terimakasih atas bantuan yang diberikan kepada kami, semoga para donatur dibalas oleh Allah dengan balasan kebaikan yang berlipat dan semoga program ini terus berlanjut dan semakin banyak lagi penerima manfaatnya", kata pengurus Maahad.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan, amanah sedekah makanan siap masak anda sudah kami sampaikan kepada kanak-kanak Maahad yang membutuhkan. Mereka dapat makan-makanan yang lazat. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran pahala serta keberkahan kepada anda dan keluarga. Aamiin. Jazakumullah khairan.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tandakan kalendar anda, puasa Asyura pada tarikh 10 Muharram (28 Julai 2023).
Rasulullah SAW juga menganjurkan untuk puasa satu hari sebelum atau sesudah hari Asyura sebagai pembeda dari tradisi Yahudi.
Puasa Tasu’a 9 Muharram (27 Julai 2023)
Puasa satu hari setelah hari Asyura 11 Muharram (29 Julai 2023)
Abdullah bin Abbas radliallahu ‘anhuma berkata saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura`dan juga memerintahkan para sahabatnya untuk berpuasa; Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, itu adalah hari yang sangat diagungkan oleh kaum Yahudi dan Nashrani.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pada tahun depan insya Allah, kita akan berpuasa pada hari ke sembilan (Muharram).” Tahun depan itu pun tak kunjung tiba, hingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam wafat (HR. Muslim).
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 26, 2023