MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 24, 2025

INFAQ BESI BAGI UBAH SUAI DINDING ASRAMA ANAK TAHFIZ

RM205 / 2.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

16 Penyumbang

45 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

TANAM BENIH KEBAJIKAN KITA DALAM INFAQ BESI KELULI TETULANG BAGI MEMBINA DINDING ASRAMA YANG LEBIH KUKUH. JOM BERSEDEKAH!


Pihak maahad ingin mendapatkan bahan-bahan binaan bagi mengubah suai dinding asrama yang pada ketika ini merupakan bahan komposit. Pihak kami telah mendapat saranan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia supaya menggantikan dinding yang sedia ada bagi tujuan keselamatan anak-anak tahfiz yang menginap di sini.



Pada kempen yang berkaitan penyelenggaraan asrama yang lalu, alhamdulillah hampir 99% telah siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pembinaan asrama kabin ini tidak mendapat kelulusan sepenuhnya daripada pihak Jabatan Bomba.



Sehubungan itu, pihak maahad berhasrat membuat pengubahsuaian semula tempat asrama sementara menjadi asrama pelajar yang kekal. Memandangkan bilangan para pelajar tahfiz kian meningkat. Oleh itu, ruang asrama sementara ini akan diperluaskan semula dan diubah dinding binaan tersebut kepada dinding batu bata.



Oleh itu, pihak maahad ingin mendapatkan bahan binaan seperti besi keluli tetulang yang bakal digunakan sebagai pengukuh dalam pembinaan dinding asrama anak-anak tahfiz. Merujuk pakar, dengan menggunakan besi, tetulang keupayaan tanggungan sesebuah tembok dinding dapat dipertingkatkan. Tetulang membantu tembok untuk menerima beban dan mengurangkan beban mati pada asas binaan.



“Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis Riwayat Muslim)



Sumbangan kalian ini adalah satu bentuk kebajikan yang berterusan pahala kerana ia dimanfaatkan oleh anak-anak yang siang dan malam mereka sentiasa dalam mengulang bacaan Al-Quran.



Jom kita laburkan saham akhirat dalam infaq pembelian besi kekuli ini demi penyediaan fasiliti tempat penginapan kepada anak-anak tahfiz yang aman dan selamat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 30, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 28, 2025