MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 02, 2024

TABUNG INFAQ BIL UTILITI KEPADA MAAHAD TAHFIZ

RM860 / 28.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

45 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JADIKAN RAMADAN LEBIH BERMAKNA DENGAN MENYUMBANG UNTUK MENAMPUNG BIL UTILITI BAGI KEMUDAHAN IBADAH DAN MENUNTUT ILMU PARA PENGHAFAZ AL-QURAN DI MAAHAD KAMI.


Dalam suasana penghujung bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, kami dari Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak anda semua untuk turut serta dalam memberikan sumbangan infaq seikhlas hati. Sumbangan ini akan digunakan untuk menampung bayaran bulanan bil elektrik dan air di maahad tahfiz kami.



Seperti yang kita ketahui, Ramadan adalah bulan di mana ibadah dan kebaikan menjadi fokus utama umat Islam. Oleh kerana itu, mari bersama-sama menjadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan memberikan sumbangan infaq yang akan membantu kelancaran operasi maahad tahfiz kami untuk sepanjang bulan Ramadan yang merupakan pesta ibadah umat Islam.



Bayaran bulanan bil elektrik dan air merupakan salah satu cabaran yang cukup besar bagi maahad tahfiz kami dengan dengan adanya sumbangan infaq anda, kami dapat memastikan kelangsungan operasi maahad tahfiz kami dapat berjalan dengan baik.



Mulai RM10 infaq yang diberikan akan memastikan pelaksanaan solat fardhu, solat terawih, kelas pengajian agama, tilawah Al-Quran, dan ibadah malam di fasa terakhir ramadan bagi semua para pelajar kami dapat berjalan lancar. Selain itu, wang ringgit yang anda berikan juga akan menjadi bekal bagi kemajuan pendidikan Islam di maahad tahfiz kami.




Akhir kata, mari isi hari-hari di fasa terakhir ramadan ini bagi membantu para penghafaz Al-Quran kami menjalani ibadah dengan khusyuk dan tenang. Ayuh bersama-sama meraih pahala yang melimpah dengan berinfaq dalam memastikan kelancaran kegiatan ibadah di maahad kami. Sesungguhnya, setiap sedekah yang tulus akan mendatangkan keberkatan yang melimpah di dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 06, 2024

Kempen Sumbangan Tamat