Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada May 13, 2025
RM985 / 9.85 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
53 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah, puji dan syukur kita ke hadrat Allah SWT yang melimpahkan rahmat kepada kita. Selawat dan salam kita panjatkan ke atas Nabi Muhammad ﷺ penghulu segala Anbia. Sedekah merupakan amalan mulia dan sangat dianjur dalam agama Islam. Dengan sedekah dapat membantu saudara kita yang memerlukan dan menyuburkan rasa syukur dan kasih sayang kepada hamba-hamba Allah SWT yang lain.

Amalan sedekah ini merupakan amalan yang besar nilainya sehingga dalam sebuah kisah seorang pelacur dapat masuk syurga asbab amalan memberi sedekah air kepada anjing yang kehausan.
"Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang menjadi mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan dia akhirat. Barangsiapa yang menutupi aib serorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka meolong saudaranya.”(HR Muslim)

Oleh itu, pihak maahad mengambil kesempatan berada di bulan Zulkaedah merupakan bulan haram (suci) dimana dalam bulan ini Allah SWT akan menggandakan setiap amalan kita berbanding bulan-bulan yang lain, untuk sama-sama bersedekah berinfaq dalam membangunkan asrama pelajar tahfiz di sini.

Untuk makluman sekalian, pihak kami memerlukan ruangan tidur yang lebih luas kerana pelajar yang belajar di sini semakin bertambah. Anak-anak tahfiz tidur hanya beralaskan tilam yang nipis dan tidur dalam keadaan beramai-ramai dalam ruang yang sempit. Sehubungan itu, pihak kami ingin membuka peluang kepada muslimin dan muslimat agar dapat bersama-sama menghulurkan sumbangan infaq seikhlas hati bagi menyediakan kemudahan fasiliti ini buat anak-anak tahfiz di sini.

Bermula RM10, jom kita jana saham akhirat kita demi meraih reda-Nya dalam kempen infaq pembangunan asrama ini. Semoga usaha murni kita semua ini diterima Allah SWT dan diberi keberkahan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, proses mengsimen ruangn kosong antara kabin asrama telah selesai di jalankan



Ayuh kita sama-sama membantu menjana saham akhirat dalam kempen infaq ini yang bermanfaat dalam baik pulih dan memperluaskan asrama pelajar ini.
Alhamdulillaah, kerja-kerja mengecat yang dibantu oleh para pelajar tahfiz bagi kekemasan asrama sedang di jalankan.
Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan kalian. kerja -kerja memperluas bilik asrama sedang diteruskan . 

MEMBELI 3 BATANG BESI UNTUK BINA RASUK DALAM SUPAYA BILIK ASRAMA LEBIH KUKUH
BILIK YANG TELAH SELESAI DIBELAH DINDING

MEMBELI 2 BATANG BESI TAMBAHAN BESERTA SIMEN, DUA PERATA SIMEN DAN SKOP
Alhamdulillah, hari ini kerja-kerja perluasan asrama pelajar sedang giat dijalankan. Pekerja yang dibantu oleh para pelajar berusaha mengerat dinding kabin asrama dan membuangnya .
Dinding tengah yang telah dikerat
Alhamdulillah, berkat sumbangan kalian , projek pembaikpulih bangunan asrama dan pembesaran asrama lelaki sedang dijalankan.
Projek pembaikpulih bermula dengan membaiki tingkap asrama yang rosak.


Kos baikpulih tingkap sebanyak RM 1,600.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2025
MUNIRAH BINTI GHAZALI
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 14, 2025