PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Jul 14, 2023

INFAQ PEMBINAAN MASJID IBADUSSALAM

RM565 / 1.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq Pembinaan Masjid As Salam bertujuan mengumpul dana dan membantu Yayasan As Salam menyiapkan projek Masjid Ibadussalam yang terbengkalai hampir beberapa tahun.


Masjid Ibadussalam terletak di Timur Utara Nong Khai, Thailand. Masjid ini telah digerakkan projeknya sejak tahun 2016 dan sudah separa siap di tingkat bawah pada tahun akhir 2018. Masjid ini telah dibangunkan oleh Yayasan As-Salam wilayah Khon Khaen yang digerakkan oleh seorang Mudir bernama Ustaz Osman yang berhijrah dari selatan Fathoni untuk menyebarkan dakwah di utara dan timur Thailand. Kerana kekurangan dana, masjid ini terhenti seketika proses pembangunannya akan tetapi program dakwah dan pengimarahan masjid tersebut tetap berjalan seperti biasa.



MASJID INI PERLU DIBAIK PULIH DAN PEMBINAAN SAMBUNGAN SEGERA 


Nong Khai merupakan salah satu negeri di Timur Utara Thailand yang letaknya 900 km daripada bandar Bangkok. Nong Khai juga terletak bersebelahan dengan Negara Laos yang mana jaraknya sekitar 20 km sahaja daripada sempadan negara antara Thailand dan Laos.



Masjid Ibadussalam ini menjadi wadah dan pembangunan Islam khususnya buat warga muallaf yang berada di sekitar Nong Khai, jiran negeri bersebelahan iaitu di Wilayah Udon Thani serta Khon Khaen selain lokasi strategik mendidik muallaf daripada Vientiane, Laos.



Semarak penyebaran syiar Islam di bumi Timur Utara Thailand ini semakin berkembang pesat. Setiap tahun ada peningkatan keluarga dan individu yang memeluk Islam dan menariknya semakin banyak komuniti Not Yet Muslim yang bertanya-tanya dan datang ke Masjid Ibadussalam ini untuk mengenal Islam. Selain tempat ibadah, Masjid Ibadussalam juga terkenal dengan jolokan Pusat Dakwah Islam Nong Khai yang memberi ruang kepada bukan Islam mengenal Islam.



Ketika kunjungan Tim BHumanity ke sana tempoh hari dalam rangka melaksanakan program Ibadah Qurban, ada beberapa individu dan keluarga yang memeluk agama Islam. Subhanallah, satu kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan apabila dapat menyantuni mereka dan memperkenalkan Islam dengan cara Dakwah Bil Hal.



Seorang pakcik melafazkan syahadah



Muhammad merupakan saudara baru dari wilayah khon khaen melaungkan azan



Solat Sunat Aidiladha dilaksanakan bersama para saudara baru








Pelaksanaan Ibadah Qurban buat muallaf dan komuniti Islam di sekitar Wilayah Nong Khai



Bagi fasa baik pulih dan penerusan projek ini, Masjid Ibadussalam memerlukan dana sebanyak RM 80,000 secara keseluruhan yang melibatkan:


1. Atap Bumbung

2. Pemasangan Syiling

3. Kayu tambahan

4. Batu-bata

5. Simen dan bancuhan

6. Upah pekerja

7. Kos pembelian barang mentah

8. Lain-lain kos


"Kamu tidak akan dapat mencapai darjat kebajikan sehingga kamu membelanja sebahagian dari harta yang kamu kasihi." (Surah Al ‘Imran, ayat 92)



APA MASALAH YANG TERJADI KEPADA MASJID IBADUSSALAM?


Bangunan tingkat 2 yang masih terbengkalai kerana kekurangan dana. Kerosakan yang berlaku setelah penangguhan projek yang lama.


"Sesiapa yang membina Masjid yang dengannnya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga." (HR al-Bukhari dan Muslim)



Di kesempatan ini, pihak BH ingin mengajak muslim dan muslimat sekalian untuk bersama-sama menghulurkan tangan bersama-sama menjayakan projek Infaq Pembinaan Masjid Ibadussalam. In Shaa Allah semoga Allah memberkati usaha murni kita ini. Kami membuka ruang infaq 1 lot serendah RM50. Seramai 1600 penderma diperlukan untuk mencapai sasaran.



JOM BANTU RINGANKAN PIHAK YAYASAN AS-SALAM MENERUSKAN PEMBINAAN MASJID UNTUK TINGKAT 2


Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telah pun mencapai sasaran bagi baik pulih dan pembinaan Masjid Ibadussalam, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk baik pulih surau/masjid yang lain atau akan dibawa ke fasa projek seterusnya. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat beri faedah dan anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 25, 2024

Kempen Sumbangan Tamat