Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM174 / 1.74 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
12 Penyumbang
44 Baki Hari
Bayangkan menjadi seorang anak kecil yang tidak mampu memilih di mana untuk dilahirkan. Hidup dalam keluarga berpendapatan rendah, tidak mampu menghantar ke sekolah yang baik, malah ada yang terpaksa berjalan hampir 10 kilometer hanya untuk sampai ke sekolah terdekat. Bayangkan pula, ada anak-anak yang takut untuk bermimpi kerana realiti hidup yang terlalu menyedihkan.

Saudara dan saudari, pendidikan adalah kunci untuk memutuskan rantai kemiskinan. Tiada anak yang sepatutnya terperangkap dalam kitaran derita ini. Mereka seharusnya menjadi harapan untuk keluarga, masyarakat, bahkan untuk agama dan bangsa.

ASAR Humanity telah lama berusaha menyokong pendidikan berkualiti untuk anak-anak yatim dan keluarga susah, memberi mereka alasan untuk bermimpi dan peluang untuk mengubah kehidupan mereka. Melalui Program School of Hope, kami mengajak anda semua untuk berganding bahu membina semula sekolah-sekolah di kampung kecil dan pelosok sebagai sumber harapan baru.

Kita boleh bermula dengan sumbangan kecil, buku, alat tulis, peralatan bilik darjah, bahan pembelajaran, malah bahan binaan untuk memperbaiki sekolah yang daif. Setiap sumbangan, walau kecil, akan menjadi pelaburan besar untuk generasi akan datang.
"Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Inilah peluang kita untuk tinggalkan sedekah jariyah yang akan terus mengalir, selama mana anak-anak itu menimba ilmu di sekolah yang kita bina. Mari bersama-sama membina sebuah School of Hope untuk anak-anak di kampung kecil yang memerlukan. Semoga dengan sebuah sekolah, kita bukan sahaja membina bangunan, kita membina masa depan, harapan dan impian mereka.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 31, 2025
BIBISABJAN BINTI MOHD KHAN
Menyumbang sebanyak RM19.00
Oct 31, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Sep 18, 2025