ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 26, 2023

INFAQ PEMBINAAN ATAP MASJID SATU-SATUNYA DI PULAU MOYO

RM3,010 / 100.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

75 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Masih di bulan Zulhijjah, jom kita raih pahala jariyah dari pada infaq untuk pembinaan atap yang patut untuk Masjid di pulau Moyo!


Tidak lelah kami lancarkan terus kempen untuk pembinaan satu-satunya masjid di Kampung Uba, Dusun Patedong, Desa Pulau Moyo. Warga kampung hampir saja kehilangan Masjid Al-Iman yang sudah 30 tahun menjadi tempat mereka beribadah kerana ahli waris tanah ini meminta dikembalikan. Allah dengar doa mereka sehingga ada seorang warga sukarela mewakafkan tanahnya untuk menggantikan masjid yang baru.



Alhamdulillah harapan mereka untuk memiliki rumah ibadah perlahan mereka wujudkan dengan ikhtiar bersama-sama dengan semampunya warga.



Hampir semua penduduk Pulau Moyo termasuk golongan kurang mampu, nafkah harian mereka cari dari pekerjaan menjadi petani di ladang jagung, di kebun kelapa dan jambu. Itupun banyaknya dari mereka bukan pemilik ladang tetapi hanya sebagai pekerja buruh tani, ada juga yang bekerja sebagai pemetik kelapa serta pengrajin atap dari daun kelapa.



Kita boleh bayangkan memang mengapa masjid ini belum wujud. Wang kutipan dari warga baru saja menyelesaikan asas dan sebahagian dinding masjid. Mereka sangat teringin menyelesaikan pembinaan masjid, sehingga setiap hari mereka bergotong royong mengambil pasir di tepi pantai untuk mengumpulkan bahan masjid, ada juga yang membersihkan area masjid. Mereka pun sering kali sholat berjamaah di tengah asas dan dinding. Di bangunan yang belum selesai ini mereka sering kali sholat berjamaah. Terasa betul keinginan mereka untuk segera memiliki masjid yang patut.



Asar Humanity menjemput anda untuk bersama-sama membantu pembinaan masjid baru di Pulau Moyo ini. Salah satunya dengan berinfaq untuk membeli bahan pembinaan atap masjid yang patut. Jika masjid ini terwujud, warga pulau Moyo akan sangat senang memiliki tempat beribadah yang baru tanpa harus risau diusir lagi. Insya-Allah amal kebaikan ini akan menjadi pahala jariyah yang mengalir kepada anda walaupun kita sudah wafat.



Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika manusia mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: (1) sedekah jariyah, (2) ilmu yang diambil manfaatnya, (3) anak soleh yang selalu mendoakan orang tuanya.”

(HR. Muslim, no. 1631)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2023

ARIF JEMALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat