Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jul 09, 2025
RM300 / 10.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan Muharram merupakan bulan yang mulia dalam Islam kerana bulan Muharram yang termasuk empat bulan yang diharamkan berperang. Antara keistimewaan bulan ini ialah hari Asyura yang mana banyak peristiwa-peristiwa terdahulu yang besar berlaku pada hari tersebut. Antaranya, hari di mana Allah SWT menyelamatkan Nabi Nuh AS bersama orang-orang yang beriman, hari Allah SWT menerima taubat Nabi Adam AS, hari di mana Nabi Musa AS dan Bani Israel diselamatkan oleh Allah SWT dari Firaun dan menyeberangi Laut Merah dan lain-lain lagi.

Bersempena bulan Muharram ini, pihak maahad ingin menjalankan program Kacau Bubur Asyura yang telah menjadi kebiasaan tradisi diamalkan di Negeri Kedah ini. Melalui aktiviti ini, pihak maahad dapat megeratkan hubungan silaturahim antara warga maahad dan masyarakat setempat. Program Kacau Bubur Asyura telah menjadi acara tahunan buat maahad ini.

Sehubungan itu, pihak kami mengalu-alukan sumbangan kalian bagi menjayakan program ini. Melalui sumbangan yang disalurkan akan digunakan bagi membeli bahan-bahan masakan seperti tepung, kacang, pisang, ubi, jagung, tong gas, membayar upah mengacau bubur, membeli bekas plastik dan lain-lain lagi untuk diedarkan kepada anak-anak tahfiz, para asatizah dan masyarakat setempat.

Ayuh bersama kita berkongsi rezeki dengan berinfaq bagi menjayakan program Kacau Bubur Asyura di maahad ini. Sedekah yang disalurkan bukan sekadar mengukir kegembiraan di hati anak-anak tahfiz di sini bahkan akan menjadi satu amalan yang disukai Allah SWT dengan menjamu makanan. Semoga infaq kalian diganjari pahala yang bermakna dan meraih reda Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Aug 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 14, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 11, 2025