ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 13, 2022

INFAQ BUKU DAN ALAT TULIS UNTUK PELAJAR TAHFIZ DHUAFA

RM1,532 / 51.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

84 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pelajar maahad mengalami kesukaran untuk belajar kerana sumber ilmu dan alat tulis mereka rosak akibat gempa bumi. Jom kita agihkan buku dan alat tulis untuk mereka!


Bagaimana perasaan anda jika anda sedang seronok mempelajari pelbagai pelajaran tetapi tiba-tiba gempa bumi bergegar? Tidak dapat dibayangkan kerana gempa bumi itu bukan sahaja merosakkan fasilitas pembelajaran pelajar, malah turut merosakkan buku dan alat tulis mereka. Jadi ini menyebabkan pelajar sukar untuk belajar setelah gempa memporak-perandakan tempat belajar mereka.



Hal ini dialami oleh beberapa pelajar maahad yang berada di wilayah Cianjur, Jawa Barat. Gempa bumi pada hari Isnin, 21 November 2022 masih meninggalkan kesakitan yang mendalam buat mereka. Tempat belajar, buku dan alat tulis yang biasa mereka guna telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.




Sedangkan semangat mereka sebagai pelajar untuk belajar sangat tinggi, jika ini tidak disokong dengan fasilitas atau keperluan pembelajaran yang sepatutnya, perkara ini mampu memadamkan semangat mereka. Ini juga akan menjadi salah satu perkara yang tidak baik kerana kewajipan menuntut ilmu telah disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui hadis riwayat Ibnu Majah berikut:


طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَوَاضِعُ الْعِلْمِ عِنْدَ غَيْرِ أَهْلِهِ كَمُقَلِّدِ الْخَنَازِيرِ الْجَوْهَرَ وَاللُّؤْلُؤَ وَالذَّهَبَ


"Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim, dan sesiapa yang memberi ilmu kepada orang yang tidak berguna adalah seperti meletakkan kalung dari permata, mutiara dan emas pada leher binatang." (Riwayat Ibnu Majah)



Kini, para pelajar yang terjejas akibat gempa bumi memerlukan bantuan kita untuk menyediakan buku dan alat tulis yang boleh mereka gunakan untuk belajar. Oleh itu, jom sama-sama kita membantu mereka melalui sedekah pada kempen ini dan kami menerima berapa sahaja sedekah yang anda berikan. InshaAllah sangat membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran.



Sedekah yang anda sumbangkan akan disalurkan dalam bentuk buku dan alat tulis kepada pelajar yang terjejas akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat. Semoga Allah SWT membalas kebaikan anda sekeluarga dengan sebaik-baik ganjaran. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 13, 2022

Kempen Sumbangan Tamat