Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM575 / 19.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah kita sampai pada bulan Rabiul Awwal, di mana pada bulan ini lahir kekasih Allah SWT yang menjadi rahmat-Nya bagi semesta alam, terutama kita sebagai umat manusia. Sentiasa memperbanyakkan ibadah dan amal soleh, bila-bila masa, tiada batasnya. Memaksimumkan amalan agar hati lebih terhubung dengan Rasulullah SAW.
Banyak cara beramal shalih untuk mengelakkan kemudaratan dan fitnah dunia akhirat. Amalan itu boleh kita lakukan bermula dari rumah. Salah satunya dengan memuliakan ibu yang disebutkan sebanyak tiga kali oleh Rasul dalam hadis, kemudian kepada bapa.
Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan, tetapi tidak semua ibu bapa berpeluang untuk hidup dalam keadaan yang sepatutnya. Malah, ramai ibu tunggal bertungkus-lumus membayar keperluan harian, dan juga ramai ibu-ibu tua yang masih terpaksa bersusah-payah hidup dalam kesendirian. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mensia-siakan mereka.
Merapatkan diri dengan Rasul di momen Maulidur Rasul tahun ini, marilah kita sama-sama membantu ibu tunggal dan warga emas dhuafa dengan memberikan bungkusan makanan kepada mereka. Jadi mereka tidak perlu risau akan kelaparan.
Sumbangan anda akan diagihkan dalam bentuk bungkusan makanan yang berisi beras, telur, minyak, gula dan teh. InshaAllah kebahagiaan orang-orang yang dicintai Rasul kerana menerima pertolongan kita akan memasukkan kita ke dalam golongan umatnya. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga. Amin ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SITTI KADIZAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2023
NOR AZLIN NORDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2023
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2023