ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 11, 2024

INFAQ BULAN REJAB MELIPAT GANDAKAN REDHA ALLAH DENGAN MEMBERIKAN MAKANAN

RM260 / 8.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom berinfaq di bulan Rejab iaitu salah satu bulan haram. Meraih keutamaan memberi makan untuk melipatgandakan pahala dari Allah SWT.


Alhamdulillah, memasuki bulan yang mulia iaitu bulan Rejab, salah satu daripada empat bulan haram yang dihormati dan dirahmati oleh Allah SWT. Seperti yang dinyatakan dalam firman-Nya, bulan ini adalah masa yang sangat istimewa, di mana setiap amalan kita akan dilipatgandakan pahalanya, sama ada perbuatan baik atau buruk.



“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (At-Taubah 9:36)



Berdasarkan hikmah dan fadhilat bulan Rejab, Asar Humanity mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk memahami erti keberkatan ini dengan menghulurkan sumbangan daripada khazanah yang Allah kurniakan kepada kita. Infaq ini akan menjadi manifestasi sebenar kesyukuran kita kepada-Nya dan satu bentuk perkhidmatan kepada orang lain.


“Orang yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain. Dan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberi kegembiraan seorang mukmin, menghilangkan salah satu kesusahannya, membayarkan hutangnya, atau menghilangkan rasa laparnya. Dan aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi kebutuhannya itu lebih aku cintai daripada beri’tikaf di masjid Nabawi selama sebulan.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani)



Melalui sumbangan yang diberikan, Asar Humanity berkomitmen untuk memberikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada saudara-saudara kita yang kurang berkemampuan. Dalam pengagihan, tumpuan kita akan diberikan kepada anak yatim, qari Al-Quran, warga emas, orang berkeperluan khas (OKU), penduduk ditimpa musibah, mangsa keresahan, dan golongan lain yang memerlukan bantuan.



MashaAllah, inilah peluang keemasan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melibatkan diri dalam beramal. Justeru, marilah kita bersama-sama meraih keberkatan bulan Rejab ini dengan menghulurkan sebahagian harta yang Allah kurniakan kepada kita.



Sumbangan anda akan menjadi satu cara untuk kita memperolehi ganjaran berganda, dan lebih daripada itu, akan membawa manfaat sebenar kepada mereka yang memerlukan. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam beramal, dan semoga infaq yang kita berikan menjadi amal soleh yang terus mengalir rahmat di dunia dan akhirat. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2024

MOHD JASMIN ISHAK ALIAS MAT LAZIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat