Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 14, 2024
RM415 / 6.92 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
21 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Solat merupakan tiang agama dan perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah solat. Salah satu fasiliti surau atau masjid yang terpenting sekali adalah karpet solat. Sehubungan itu, menjadi keutamaan kami untuk menyediakan tempat solat yang nyaman, bersih dan selesa agar jemaah yang menunaikan solat dapat meraih kekhusyukan. Sebagaimana sabda Nabi SAW bahawa saat paling hampir dengan Allah SWT adalah ketika sujud.

“Keadaan paling dekat seorang hamba dari Rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyak doa (di dalamnya)” (HR. Muslim)
Muslimin dan muslimat yang dermawan, kempen ini bertujuan untuk mencari dana bagi pembelian karpet solat untuk anak-anak tahfiz perempuan untuk surau Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah untuk keselesaan anak-anak tahfiz perempuan Maahad kami di sini yang mana mereka terdiri dalam kalangan anak yatim dan asnaf yang kurang berkemampuan. Anggaran jumlah kos karpet adalah RM6,000.

Karpet yang sedia ada sudah menipis dan haus kerana sudah lama dipakai. Ini menyebabkan kurang keselesaan buat para pelajar. Maahad memerlukan bantuan segera bagi menyediakan kemudahan ibadah yang selesa kepada semua pelajar, guru dan kakitangan maahad untuk solat berjemaah dan program pengajian keagamaan.

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah al-Baqarah: 261)
Oleh itu, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas sumbangan Tuan/Puan bagi mengimarahkan rumah Allah. Semoga kalian sentiasa mendapat kebaikan, keberkatan dan ganjaran syurga Allah di akhirat kelak. Kemurahan hati ini tidak dipulangkan dengan pahala biasa, malahan Allah SWT menjanjikan pahala yang berlipat ganda kerana bersedekah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami