MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 24, 2023

KEPERLUAN MEMBELI MENARA AZAN SURAU

RM260 / 2.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MEMOHON SUMBANGAN MUSLIMIN MUSLIMAT BANTU WUJUDKAN MENARA AZAN DI SURAU MAAHAD TAHFIZ UNTUK MENYERU ORANG RAMAI MENUNAIKAN SOLAT JEMAAH 5 WAKTU.


Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Nabi SAW pada malam Isra’ telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam AS dan Nabi Nuh AS. Allah SWT menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.



Azan merupakan salah satu dari syiar agama Islam yang bertujuan untuk memberitahu bahawa telah masuknya waktu bagi solat-solat fardhu. Demikian juga iqamah dilaungkan dengan tujuan untuk memberitahu bahawa solat akan didirikan. Kehadiran menara azan amat penting sebagai wadah untuk menyeru semua muslimin muslimat hadir ke masjid bagi menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim untuk mendirikan solat 5 waktu.


Marilah mengagungkan syiar-syiar agama Allah yang mulia ini dengan harta yang muslimin muslimat ada untuk membantu infaq dana pembinaan menara azan di surau Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Pihak AJK Maahad berbesar hati menyeru para dermawan agar menyumbang bagi usaha membantu syiar Islam ini. Surau baharu Maahad Tahfiz sudah hampir siap dibangunkan. Namun mana mungkin surau itu lengkap tanpa kewujudan menara azan untuk menyeru lebih ramai Jemaah solat. Oleh itu, pihak maahad berhasrat membina menara azan bagi menarik kehadiran lebih ramai jemaah daripada kalangan penduduk Pekan Ayer Hitam untuk menunaikan solat 5 waktu di surau baharu maahad ini kelak.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan sumbangan para dermawan untuk memakmurkan rumah Allah dan mengagungkan syiar islam. Semoga sumbangan ini mendidik kita menjadi manusia yang bertaqwa dan menjadi amal yang sebaik-baik ganjaran yang pahalanya terus menerus mengalir hingga ke akhirat kelak.

“Demikianlah (perintah Allah), Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati”. (S.Al-Hajj:32)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

RAHAMAH BINTI ABU BAKAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Feb 28, 2023

MOHAMAD ZULKIFLI BIN SYAHRIL

Menyumbang sebanyak RM30.00

Feb 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat