INFAQ SEBAHAGIAN HARTA KEPADA SAUDARA DI GAZA

RM1,530 / 51.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

50 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh rakyat Malaysia, saudara di Gaza memerlukan bantuan kecemasan terutamanya sokongan kewangan yang untuk bantuan makanan dan perubatan. Jom bantu mereka!


Kanak-kanak dan wanita di Gaza, Palestin, adalah golongan yang paling terjejas oleh konflik berlarutan antara Israel dan Palestin. Mereka terpaksa hidup dalam keadaan yang penuh ketidakstabilan dengan akses yang terhad bekalan minyak, air bersih dan juga elektrik disekat oleh Israel. Ini merumitkan lagi keadaan di mana bantuan kemanusiaan disekat daripada disalurkan kepada penduduk Gaza.



Antara situasi sebenar yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di Gaza ialah berdepan dengan ancaman kematian bila-bila masa

Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak adalah masa depan Palestin. Setiap bantuan yang kita berikan kepada mereka adalah peluang untuk mereka memperoleh pendidikan dan pertumbuhan yang sihat. Banyak kanak-kanak di Gaza menghadapi masalah kesihatan fizikal dan mental akibat konflik yang berlarutan. Ramai di antara mereka memerlukan sokongan untuk mendapatkan pendidikan berkualiti yang akan membantu mereka mempunyai peluang yang lebih baik di masa depan.


Kemusnahan banggunan merupakan suatu hal yang lazim berlaku apabila Israel dengan angkuhnya meranapkan kediaman saudara kita di sana

Kempen sumbangan kewangan boleh membantu menyediakan bantuan yang sangat diperlukan kepada saudara kita di Gaza dalam usaha mereka untuk mempertahankan bumi Palestin yang di mana terletaknya Masjid Al Aqsa iaitu kiblat pertama Umat Islam.


Infaq sedikit harta kita ini adalah peluang bagi kita semua untuk memberikan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan dalam suasana krisis yang sukar. Ini adalah tindakan kasih sayang dan kebajikan yang menunjukkan kepedulian dan kebersamaan kita dalam menghadapi krisis kemanusiaan. Kita mungkin tidak mampu untuk terlibat secara langsung mempertahankan tanah tersebut, namun diharap usaha kecil kita ini akan membantu meneruskan semangat mereka untuk mempertahankan bumi Palestin.


Dengan sokongan dari masyarakat khususnya kita di Malaysia, kita dapat membantu mangsa di Gaza menghadapi cabaran yang sukar dan memberikan mereka harapan untuk pemulihan dan kehidupan yang lebih baik. Sumbangan kewangan anda adalah langkah penting ke arah membantu mereka yang sangat memerlukan. Terima kasih atas sokongan anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 23, 2023

ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat