Kempen Infaq Ihya’ Ramadan ini dianjurkan sebagai ruang untuk kita bersama-sama merebut ganjaran besar yang Allah SWT janjikan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk melipatgandakan amalan dan menyebarkan kebaikan.

Inisiatif ini insya-Allah akan digunakan untuk menyediakan:
1. Pek makanan asas untuk keperluan harian
2. Agihan kit kelengkapan ibadah Ramadan
3. Bantuan kewangan terus kepada asnaf

Penerima sasar kempen ini terdiri daripada golongan asnaf, saudara baru yang sedang membina kehidupan baharu sebagai Muslim, serta keluarga-keluarga daif yang berdepan kesukaran menjelang Ramadan. Bagi mereka, kehadiran bantuan ini bukan sekadar meringankan beban kewangan, tetapi menjadi tanda bahawa mereka tidak dilupakan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah menjelaskan betapa besar ganjaran orang yang berinfak di jalan Allah ibarat benih yang bertambah berkali-kali ganda. Dengan menyumbang, anda bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga mengumpul pahala berganda di bulan mulia ini. Sasaran kutipan adalah sebanyak RM5,000, dan setiap ringgit yang dihulurkan membawa harapan besar buat mereka.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini