MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 26, 2025

GANDAKAN AMALAN DALAM SEDEKAH DALAM KEMPEN INFAQ IKAN SEGAR

RM190 / 6.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Semoga infaq ikan ini dilipatgandakan kebaikan serta diberi keberkatan rezeki oleh Allah. Jom kita kejar kelebihan bersedekah di bulan Ramadan!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT. Kami, Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah di Ayer Hitam, Kedah sedang menjalankan Kempen Sumbangan Infaq Ikan Segar bagi menyediakan makanan yang berkhasiat untuk para penghafal Al-Quran yang memerlukan.



Sumbangan infaq ini membantu pihak maahad membeli ikan-ikan segar untuk disajikan kepada anak-anak tahfiz di sini. Sepertimana yang kita sedia maklum, ikan mengandungi sumber protein yang tinggi dan membantu pertumbuhan badan dan minda yang sihat. Protein yang terdapat dalam ikan dapat membekalkan omega-3 yang baik untuk otak sekaligus membantu anak-anak di sini dalam menghafaz Al-Quran dengan baik, insya-Allah.



Hidangan masakan berlaukkan ikan ini akan dihidangkan kepada para pelajar pada bulan Ramadan ini. Inilah peluang kita bersedekah atau berinfaq meraih kelebihan sedekah di bulan yang mulia ini.



Diriwayatkan oleh Salman al-Farisi R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah SAW: 'Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka’. Maka Rasulullah SAW menjawab: ‘Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman.'"


(Riwayat Ibn Khuzaimah (1878))



Jom gandakan amalan dalam kempen infaq ikan ini di samping menyediakan makanan berkhasiat kepada anak-anak tahfiz yang kebanyakan mereka terdiri daripada anak yatim dan asnaf.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 06, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 06, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 05, 2025

Kempen Sumbangan Tamat