PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ IBNU ABBAS

Dimulakan pada Aug 25, 2022

INFAQ JUMAAT TAHFIZ IBNU ABBAS

RM795 / 15.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

INFAQ JUMAAT ANDA KEPADA ANAK TAHFIZ IBNU ABBAS UNTUK YURAN TERTUNGGAK SERTA KOS-KOS OPERASI IBNU ABBAS. KAMI MASIH MEMERLUKAN BANTUAN.


Perkara pertama sekali orang yang baru meninggal dunia akan merayu meminta Allah swt bangkit semula kerana dia nak tunaikan sedekah. Sedekahlah setiap hari jika mampu atau yang mana termampu, kita tak tahu bila masa Nyawa kita diambil. Kita rasa kita dah sedekah banyak dah tapi mungkin masih belum mencukupi menyaingi dosa-dosa kita buat tanpa sedar. Segeralah bersedekah walaupun pelbagai tempat, tempat yang kita sedekah itulah yang akan menjadi saksi kita di Akhirat nanti.



Bantu kami untuk membantu pelajar tahfiz Ibnu Abbas menuntut ilmu agama disini. Ingatlah, tidak rugi orang yang beramal dengan melakukan sedekah kerana amalan ini keberkatannya tidak ternilai. Mari kita sama-sama membantu menyumbang kepada tahfiz ibnu abbas. Semoga dengan sumbangan kita ini, dapat membantu mengurangkan sedikit sebanyak kos pengurusan, dan kos keperluan asas pelajar dan pengurusan madrasah.



Sumbangan Jumaat tuan puan ini setinggi nilai harapan kepada anak tahfiz yang sedang mengejar cita-cita menjadi seorang da’ei dan huffaz pelapis dakwah untuk syiar Islam yang kita sanjungi. Insha Allah, dengan tingginya infaq tuan puan, Allah gantikan dengan ganjaran pahala tanpa putus selagi mana ilmu itu dimanfaatkan. Jadikan amalan sedekah setiap hari. InshaAllah. Moga-moga apa yang kita doa Allah SWT makbulkan.



Mungkin ini peluang kita rebut pahala jariah berpanjangan. Niatkan doa sedekah di hari jumaat yang penuh dengan keberkatan. "Ya Allah sahaja aku bersedekah hari ni kerana Allah Taala, Ya Allah dengan berkat sedekah ini, mudahkan perjalanan kerja ku, Ya Allah dengan berkat sedekah ini mohon sedekahkan pahala kepada kedua ibubapa ku, Ya Allah berkat sedekah ini kurniakan aku anak anak yang soleh dan penghafaz Al-Quran". Amiin. Niat kerana Allah Taala sedekah ini.



والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2022

LATIF KACHONG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2022

MOHD AZMIR BIN BUNYAMIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat