MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 21, 2025

INFAQ JUMAAT BUAT ANAK ASNAF PENDAMPING AL-QURAN

RM505 / 16.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH, MARILAH BERKONGSI REZEKI DENGAN BERINFAQ HARI JUMAAT BERSAMA ANAK-ANAK PENGHAFAL AL-QURAN INI BERJIHAD DI JALAN ALLAH!


Hari Jumaat dalam Islam memiliki banyak keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Ianya dianggap sebagai "penghulu segala hari" dan memiliki banyak waktu mustajab untuk berdoa. Selain itu, terdapat kewajiban solat Jumaat bagi kalangan orang lelaki muslim dan banyak juga amalan sunnah yang dianjurkan pada hari ini. Antaranya banyak berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, banyakkan amalan zikir, sedekah mencari keredhaan Allah SWT, dan banyak lagi amalan yang digalakkan sempena hari Jumaat disebabkan keberkatan yang ada pada hari tersebut.



Oleh itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menganjurkan kempen Infaq Jumaat bertujuan mengumpul dana pengurusan dan kebajikan anak-anak tahfiz yang semakin meningkat saban hari disebabkan pelbagai faktor ekonomi semasa.


Pihak maahad mengambil langkah memantapkan urusan pentadbiran untuk menguruskan anak-anak penuntut di sini dengan makanan yang mencukupi dan belajar dengan selesa. Semoga kita dapat melahirkan seramai mungkin golongan Huffaz Al-Quran yang akan menabur bakti di masa hadapan.


Sehubungan itu, pihak maahad menyeru orang ramai untuk membantu pihak maahad dengan berinfak dan menyumbang ke kempen infak Jumaat bagi menjayakan program maahad untuk melahirkan generasi pelajar tahfiz beriman, bertaqwa, dan yang menjadi contoh dan teladan buat masyarakat setempat dalam beramal. Mudah-mudahan Allah SWT merahmati kalian penginfak budiman sekalian.


Marilah kita sama-sama berganding tenaga dalam berkongsi kebaikan dan manfaat buat para pelajar tahfiz yang sedang gigih berusaha mengejar impian dan cita-cita mereka. Sumbangan kalian samada kecil atau besar amatlah kami hargai dengan ucapan ribuan terima kasih.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 22, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 22, 2025

Kempen Sumbangan Tamat