MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 19, 2024

INFAQ JUMAAT PEMBELIAN SEBIDANG TANAH

RM70 / 0.04 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI RAIH SAHAM JARIAH DI HARI JUMAAT YANG MULIA DENGAN MENYUMBANG BAGI PEMBELIAN SEBIDANG TANAH UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK ASNAF DAN YATIM MENUNTUT ILMU.


Dengan penuh rasa syukur pada hari Jumaat di bulan Rejab yang mulia ini, Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak semua yang dikasihi untuk menyumbangkan infaq sebagai sebahagian daripada usaha pihak kami dalam pembelian sebidang tanah yang bakal menjadi tapak pembinaan maahad tahfiz kepada pelajar muslimat kami yang sehingga kini masih menyewa tempat pengajian.



Tujuan utama kami adalah untuk memberikan pendidikan dan pembinaan rohani kepada anak-anak asnaf dan yatim. Tanah ini akan menjadi tempat yang memberi mereka peluang untuk tumbuh dan berkembang dalam persekitaran yang penuh kasih sayang dan ilmu agama.


Adanya sumbangan infaq daripada saudara-saudari pada hari yang penuh keberkatan ini akan menjadi langkah besar dalam merealisasikan impian kami. Setiap kebaikan yang anda sumbangkan akan menjadi ladang amal jariyah yang terus mengalir, memberikan manfaat kepada generasi yang akan datang.



Akhir kata, mari bersama-sama membina masa depan yang lebih baik bagi mereka yang memerlukan. Sumbangan ini akan menjadi pelaburan akhirat yang sangat bernilai dalam membina generasi huffaz yang bertaqwa.Terima kasih atas perhatian dan kerjasama saudara-saudari. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dan memudahkan segala urusan kita.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMAD ROSLAN BIN SABAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 22, 2024

Kempen Sumbangan Tamat