Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,830 / 61.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
104 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sudah pasti kita hafal betul isitimewanya harinya Jumaat. Alhamdulillah, Allah masih berikan kita umur dan kesempatan beribadah dengan khidmat di bulan Ramadan yang lepas. Jangan kita terlepas dari kebaikan dan ibadah yang sudah kita lakukan di bulan Ramadan. Mari kita istiqomah dalam beribadah dan berlaku baik, serta meninggalkan keburukan.
Di hari Jumaat di bulan Syawal ini, Asar Humanity menjemput anda bersama-sama melanjutkan kebaikan berbagi makanan kepada pelajar tahfiz yatim dhuafa. Salah satunya dengan mengagihkan beras sebagai makanan asas.
Alhamdulillah secara berterusan sumbangan dari anda sudah kami agihkan kepada penerima manfaat dalam bentuk pemberian beras. Nilai kebaikan dari anda terlihat dari senyuman mereka. Mereka tak lagi merasa cemas kehabisan makanan dan menahan kelaparan. MashaAllah kebaikan ini jangan sampai berhenti di sini.
InshaAllah Asar Humanity berkomitmen terus mendampingi palajar tahfiz yatim dan dhuafa yang membutuhkan serta menyampai amanah kebaikan dan kemurahan hati anda. Infaq yang anda berikan akan kami agihkan dalam bantuan beras sebagai makanan asas.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan dan Puan!
Jangan terlepas shalawat kepada Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa sallam di hari Jumaat bulan haram Zulkaedah!
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Tim Ksatria Asar Humanity Lombok Barat menyalurkan amanah dari Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan kepada Maahad Al-Azizi. Saat bertemu dengan Tim Ksatria, para pelajar maahad sangat senang sekali. Mereka ikut serta membawakan bantuan makanan asas dan barang runcit lainnya. Antusias pelajar atas bantuan yang mereka terima, tak lupa mereka mengucapkan syukur dan doa untuk para penyumbang. Pengurus maahad juga sangat berterima kasih, tak henti memanjatkan berdoa kepada Allah semoga para penyumbang diberikan kesehatan dan rizki yang berlimpah dan panjangkan umur.
Di sebrang pulau, team Ksatria Asar Humanity telah menjalankan aktiviti "Berkongsi Kegembiraan Bersama Santri Maahad Tahfiz" di Maahad Nurul Huda, Desa Kasmaran, Banyuasin, Sumatera Selatan. Aktiviti ini diharap dapat membantu keperluan maahad di kawasan terpencil tanah air. Masih banyak pondok pesantren yang berfikir keras untuk menyediakan makanan dan keperluan makanan terbaik untuk pondok sendiri.
Ustadz Lutfi merupakan pentadbir pondok pesantren ini ditubuhkan pada tahun 2004, dan pondok ini juga merupakan salah satu rumah asrama percuma yang menempatkan pelajar-pelajar yatim dan miskin. Pada awal Covid 2020, maahad ini mengalami krisis makanan, kata Ustad Lutfi, dan tahun itu juga mengalami kesedihan kerana pelajar Nurul Huda ada yang meninggal dunia. Akhirnya Pondok mengalami krisis makanan dan pengasas maahad harus berhutang untuk membeli beras untuk keperluan pelajar.
Kehadiran bantuan makanan ini amat menggembirakan orang ramai khususnya pelajar Maahad Nurul Huda. Kerana bungkusan makanan ini akan menjadi penguatan hafazan, membaca Al-Quran, dan ibadah solat malam. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penyumbang sumbangan.com yang telah memberikan sumbangan terbaik kepada pelajar tahfiz Al-Quran di kawasan terpencil di negara ini. Semoga sedekah yang terbaik menjadi rahmat untuk kebaikan dan Allah akan membalas anda dengan ganjaran yang terbaik juga. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Hari Jumaat di tengah bulan Muharram, mari perbanyak bershalawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Hari Jumaat merupakan Sayyidul Ayyam diartikan secara sederhana yakni rajanya hari. Hal ini dikarenakan hari Jumaat mempunyai keistimewaan dibandingkan hari lain. Kata Jumaat diambil dari kata “jama'a” yang artinya berkumpul.
Dekatkan diri kita kepada kekasih Allah SWT, agar mudah kita merayu rahmatNya. Ada waktu utama di hari Jumaat untuk berdoa dan bermunajat kepadaNya iaitu di waktu setelah Ashar hingga waktu Maghrib. Jangan sampai terlewat ya.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 08, 2023
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 08, 2023