Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,189 / 39.63 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
57 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah kita berada di bulan Syaban dan inshaAllah kurang dari 1 bulan akan sampai pada bulan penuh berkah Ramadan. Bulan Syaban sering kali terabai padahal sangatlah penting meningkatkan ibadah di dalam bulan ini. Karena pada bulan ini, pada pertengahan bulan atau dikenali sebagai malam Nisfu Syaban, buku amalan dan perbuatan akan diserahkan kepada Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, yang diriwayatkan dalam satu hadis:
“Ini adalah bulan yang sering dilalaikan banyak orang, bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan di mana amal-amal diangkat menuju Rabb semesta alam. Dan saya ingin ketika amal saya diangkat, saya dalam kondisi berpuasa.” (Hadis riwayat An Nasa’i)
Semoga kita semua selalu istiqomah dalam berbuat amalan kebaikan dan Allah SWT memberkahi amal shaleh kita semua. Didasari dengan keutamaan bulan Syaban, Asar Humanity menjemput anda untuk menambah amalan kebaikan di bulan Syaban. Jangan terlepas dari keutamaan melipatgandakan amalan kita. Salah satunya yang dapat kita lakukan adalah memberikan makanan dengan berinfaq.
Jadikan sedekah sebagai amalan berkhidmat kepada Allah dan mendekatkan diri merayu rahmatNya. Infaq ini akan diagihkan untuk bantuan makanan kepada pelajar tahfiz yatim yang kurang mampu memenuhi kebutuhan makanan berkhasiat. Dengan infaq RM10 anda dapat memberikan satu pek makanan siap masak. Lebih lagi RM100 untuk pakej makanan asas dan barang runcit persediaan makanan 1 bulan. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Hari Jumaat terakhir di bulan Muharram, jangan sampai terlepas melakukan amalan shalih di bulan haram awal tahun baru 1445 Hijrah ini, karena untuk bulan haram selanjutnya kita harus menunggu 4 bulan hadapan iaitu pada bulan Rejab.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jom ambil kesempatan menghapus dosa dengan mohon ampunan kepada Allah dan bersedekah.
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (At-Taubah 9:103)
Bersedekah melalui Asar Humanity >> Klik!
Alhamdulillah kita sampai pada hari Jumat kedua di bulan Ramadan. Jangan terlewat keberkahannya!
Jom raih rahmat Allah SWT dengan amalan kebaikan, salah satunya adalah sedekah.
Jom merayu rahmat Allah SWT dengan amalan kebaikan!
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Hari ini Jumat terakhir di bulan Syaban. Jangan terlewat keberkahan Jumat dengan terabai.
Mari tingkatkan amal kebaikan, memberikan kebahagiaan untuk mereka yang kelaparan. Bersama Asar Humanity memaksimalkan amalan kebaikan di akhir bulan Syaban.
Sedekah makanan bersama ASAR Humanity
Semoga Allah SWT memberikan keberkahan dan perlindungan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 02, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 02, 2023