ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 12, 2023

INFAQ JUMAAT MENDEKAT KEPADA KEBERKAHAN ALLAH SWT

RM440 / 14.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari meraih keberkahan Allah SWT dan berkhidmat berbagi keberkahan dengan asnaf yang berkekurangan!


Assalamualaikum wbt. Semoga Tuan/Puan dalam keadaan sehat serta sejahtera. Alhamdulillah kita sudah tiba lagi pada hari Jumat, hari yang inshaAllah banyak keutamaan dan penuh dengan keberkahan. Salah satunya adalah sabda Rasulullah SAW:


“Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membicarakan mengenai hari Jumat lalu ia bersabda, Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta” Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut.” (HR. Bukhari no. 935 dan Muslim no. 852, dari sahabat Abu Hurairah).



Berangkat dari keutamaan itu, Asar Humanity ingin mengajak Tuan/Puan menambahkan amalam kebaikan di hari Jumaat ini dengan berinfaq iaitu membelanjakan harta yang telah Allah SWT berikan untuk dibagikan kepada saudara-saudara asnaf kita yang paling memerlukan. Adapun keutamaan berinfaq dan bersedekah antara lain:


1. Menghapus dosa dan meringankan sakaratul maut

2. Berlipat ganda ganjaran harta dan pahala

3. Sebagai naungan di hari akhir dan menjauhkan dari api neraka

4. Menolak bala dan penyakit

5. Kehidupan semakin berkah dan merasakan kebahagiaan




Kami aturkan ucapan syukur kepada Allah SWT dan rasa terima kasih atas kepercayaan Tuan/Puan yang telah membersamai kami untuk membantu mereka yang membutuhkan. Namun kami ingin kebaikan ini tidak berhenti, tetapi meluas sampai bertambah lagi orang-orang yang terbantu dan bahagia.


Besaran harta Anda tidak menjadi masalah. InshaAllah derma ini akan diagihkan untuk bantuan makanan dan keperluan asas saudara-saudara yang membutuhkan. Di antaranya: anak yatim, tahfiz Al-Quran, warga emas, orang kurang upaya (OKU), warga terjejas bencana, korban kecemasan dan golongan asnaf lainnya. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat