Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM405 / 13.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
21 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Semoga anda selalu dalam keadaan baik dan sejahtera. Alhamdulillah kita tiba pada tengah bulan Syaban. Kurang dari 2 minggu lagi insya-Allah kita akan menyambut bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan berkah. Jangan sia-siakan bulan Syaban ini karena Rasulullah pun memaklumkan dalam hadits bahawa bulan ini sering kali terabaikan.
“Ini adalah bulan yang sering dilalaikan banyak orang, bulan antara Rajab dan Ramadhan. Ini adalah bulan di mana amal-amal diangkat menuju Rab semesta alam. Dan saya ingin ketika amal saya diangkat, saya dalam kondisi berpuasa.” (Hadis riwayat An Nasa’i)
Maka hendaklah kita melipatgandakan amalan kebaikan kita untuk meraih redha dan merayu ampunan dosa dari Allah SWT di pertengahan bulan Syaban. Bulan ini juga sebagai bulan untuk melatih diri memaksimalkan ibadah di bulan Ramadan nanti. Semoga kita semua selalu istiqomah dalam berbuat amalan kebaikan.
Asar Humanity menjemput anda untuk menambah amalan kebaikan di bulan Syaban, salah satunya dengan berinfaq sebagai amalan berkhidmat kepada Allah dan mendekatkan diri merayu ampunannya. Insya-Allah infaq ini akan diagihkan untuk bantuan beras untuk saudara-saudara kita yang dhuafa dan yang tidak berkemampuan. Dengan RM40 anda dapat menghantarkan 10 kilogram beras untuk 1 keluarga dhuafa. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Semoga khabar ini menjumpai anda dalam keadaan baik, sihat dan sejahtera.
Alhamdulillah pasukan Asar Humanity mendistribusikan 20 pakej pangan yang terdiri dari beras 5 kg dan minyak goreng 5 liter, gula 1 kg, ikan tin untuk pejuang nafkah, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim yang berada di Dusun 15 Kurandak Desa Karang Gading, Deli Serdang. Dusun ini terisolir dari pusat bandar, karena berada di pesisir pantai utara Sumatera Utara. Lokasi ini menempuh perjalanan laut selama 1,5 jam. Pasukan Asar Humanity dan relawan Ksatria bertolak dari Dermaga Titi Panjang Belawan dengan menggunakan perahu yang berkapasitas 4 ton. Di bawah terik matahari dan disapu gelombang dengan angin yang kencang akhirnya tim sampai dengan selamat ke lokasi.
Pakej makanan dari anda ini sangat bernilai bagi warga di sini. Bahagia dan rasa haru bercampur, mengucap syukur atas bantuan ini. Sangat membantu mereka dalam menyara kebutuhan makanan asas. Selama beberapa pekan ke depan mereka tidak perlu cemas mencari makanan. Wang yang mereka miliki, dapat digunakan untuk kebutuhan asas lainnya.
Terima kasih, Tuan dan Puan. Semoga keberkahan dan pahala berlipat Allah SWT ganjarkan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2023