INFAQ BAIK PULIH KARPET BARU DI SURAU YANG USANG

RM540 / 5.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

35 Penyumbang

31 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat-sahabat sekalian dalam membantu memperkukuhkan rumah ibadah umat Islam di pedalaman Sarawak. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.


Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar karpet yang sedia ada kepada karpet raudah di mana ianya akan memberikan lebih keselesaan kepada para jemaah yang hadir beribadah di situ. Hal ini penting dan mustahak berikutan dengan adanya kualiti yang ada pada karpet berkenaan, ianya akan lebih menarik perhatian para jemaah untuk menunaikan solat secara berjemaah di situ.



Gambar keadaan terkini ruang solat di Surau Darul Aman, Bintulu yang memerlukan penukaran karpet demi keselesaan para jemaah.


Rebutlah peluang untuk bersedekah selagi kita masih diberikan peluang untuk melakukannya. Inilah peluang kepada anda para dermawan untuk mendapat pahala secara berterusan dari setiap ahli jemaah surau setiap kali mereka menunaikan solat, membaca Al-Quran, berwirid dan beriktikaf. Hanya dengan serendah RM10 kita sudah mampu melakukan kebaikan dengan memudahkan urusan Muslim yang lain untuk beribadah.



Dengan sasaran sebanyak RM10,000 tersebut, inshaAllah ianya mampu untuk menampung kos penukaran karpet bagi ruangan solat utama di surau ini kelak. Kami berharap agar kita dapat bersama-sama menjayakan kempen ini demi keselesaan para jemaah di samping kita turut menambah saham akhirat kita semua.



Ruang solat di Surau Darul Aman, Bintulu



Keadaan luar surau yang juga memerlukan beberapa penambahbaikan agar keselamatan dan keselesaan para jemaah dapat dipastikan

Semoga sumbangan Tuan/Puan semua mendapat kebaikan, keberkatan serta ganjaran syurga Allah di akhirat kelak. Hanya Allah SWT jua yang dapat membalas jasa baik dan kemurahan hati para penderma. Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu khair.

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MAISARAH MOHAMED SAAT

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023