MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 09, 2022

INFAQ KASIH SAYANG GURU MENGAJAR ALQURAN

RM605 / 12.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

36 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SAMA-SAMA MEREBUT PELUANG MENGEJAR MEMBUAT KEBAIKAN DENGAN MENGHULURKAN BANTUAN BUAT GURU-GURU TAHFIZ YANG MENYAMPAIKAN ILMU AGAMA TANPA MENGHARAPKAN BALASAN. AYUH BERINFAQ.


Ayuh sama-sama merebut pahala membuat amal kebaikan dengan membantu guru-guru yang susah di maahad tahfiz. Mudah-mudahan dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup yang serba kekurangan. Mereka menginfakkan seluruh kehidupan mereka untuk menyampaikan ilmu dan mengajar Al-Quran tanpa jemu dan meminta bayaran yang tetap.


لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ


"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."(Surah Ali-Imran:92)



Maahad tahfiz kami di sini mempunyai 10 orang guru yang berkhidmat ikhlas kerana Allah SWT dalam mendidik dan mengajar Al-Quran kepada para pelajar. Namun, pihak maahad kekurangan dana untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan saguhati kepada guru-guru.



Sehubungan itu, kami melancarkan dana kempen infaq kasih sayang bagi membantu kebajikan guru-guru tahfiz yang susah dan miskin. Pihak maahad berharap muslimin dan muslimat dapat menghulurkan sumbangan ikhlas supaya guru-guru ini dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam mendidik para pelajar menjadi Huffaz yang beramal dengan tuntutan Al-Quran serta menyebarkan ilmu Al-Quran kepada masyarakat.



Akhir kata, pihak maahad menghargai dan mengucapkan terima kasih atas segala tindakan dan jasa baik Tuan/Puan. Ingatlah bahawa orang yang paling bahagia bukan orang yang mendapatkan lebih banyak, tetapi mereka yang memberi lebih banyak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat