INFAQ BARANGAN KEPERLUAN ASAS SAUDARA DI PALESTIN

RM11,333 / 22.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

346 Penyumbang

43 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh rakyat Malaysia, saudara di Palestin memerlukan bantuan kecemasan terutamanya sokongan kewangan untuk bantuan makanan dan minuman ini. Buktikan yang kita mampu membantu mereka!


Lebih dari setahun saudara kita di bumi Palestin ditindas oleh dunia tanpa sebarang rasa kasihan. Keadaan saudara kita yang berada di bumi Palestin berada dalam keadaan yang sangat berbahaya. Mana tidaknya mereka terdedah kepada bahaya di mana bila-bila masa sahaja bom ataupun serangan daripada puak zionis Israel. Tidak banyak yang boleh kita lakukan di sini selain daripada menghantar bekalan makanan ataupun wang ringgit untuk keperluan membeli barang keperluan mereka di sana.



Gencatan senjata yang sebelum ini dilaksanakan telahpun dilanggar oleh pihak Zionis dan memberikan tekanan dan serangan yang lebih dahsyat kepada saudara kita di sana lebih-lebih lagi di dalam bulan yang mulia ini. Hilangnya rasa hormat mereka terhadap bulan yang suci ini dengan menyerang saudara kita di sana tanpa ada rasa belas kasihan amatlah menyayat hati kita semua sebagai seorang muslim dan manusia.



Kerjasama kita dengan pihak NGO luar negara terutamanya Persatuan Bulan Sabit Mesir untuk memastikan segala bantuan terus sampai kepada penduduk di sana biarpun kita mengetahui cabaran dan halangan yang dihadapi



Khemah mereka yang tinggal di situ di bom dan dibakar sehinggakan ramai kanak-kanak dan wanita yang meninggal dunia



Bukan hanya dengan kita memboikot sahaja, namun sumbangan dan bantuan berterusan kepada saudara kita di Palestin turut perlu dilaksanakan agar mereka dapat terus bertahan. Pembelian buah kurma dan juga makanan yang boleh tahan lama dan mudah untuk dimakan akan menjadi keutamaan agar dalam apa juga situasi pun, saudara kita di Palestin masih boleh makan dengan tanpa perlu masak makanan tersebut.


Dengan sokongan dari masyarakat khususnya kita di Malaysia, kita dapat membantu mangsa di Gaza menghadapi cabaran yang sukar dan memberikan mereka harapan untuk pemulihan dan kehidupan yang lebih baik. Sumbangan kewangan anda adalah langkah penting ke arah membantu mereka yang sangat memerlukan. Terima kasih atas sokongan anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

FARAH UMAINAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 02, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025