MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 03, 2024

INFAQ KHAS 10 MALAM TERAKHIR UNTUK KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN ASNAF

RM1,672 / 16.72 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

70 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KEJAR PAHALA MELIMPAH DI PENGHUJUNG RAMADAN DENGAN MENYUMBANG UNTUK TABUNG KEBAJIKAN SEMPENA AIDILFITRI KEPADA PELAJAR YATIM DAN ASNAF SERTA GURU-GURU TAHFIZ YANG IKHLAS BERKHIDMAT DI JALAN ALLAH SWT.


"Pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah SAW lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya."

(HR. Muslim)


Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat, di mana awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan, dan akhirnya dipenuhi dengan kelepasan dari api neraka. Lebih-lebih lagi, sedekah di akhir Ramadan memiliki keistimewaan tersendiri. Rasulullah SAW mengajari umatnya agar lebih giat dan bersungguh-sungguh melakukan segala ibadah dan amal kebaikan terutamanya di 10 malam terakhir Ramadan.



Ramadan adalah bulan pengampunan dosa-dosa dan bulan yang penuh dengan keberkatan. Pada bulan yang mulia ini, segala jenis amal baik akan dilipatgandakan pahalanya, termasuk di antaranya adalah memberi sedekah dan infaq. Sehubungan dengan hal tersebut, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan rendah hati menyeru muslimin dan muslimat yang budiman untuk bersedekah kepada 22 orang anak yatim miskin, 30 pelajar asnaf, dan juga guru-guru tahfiz di maahad kami.



Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk memberikan bantuan kepada anak yatim asnaf dan guru-guru tahfiz agar dapat meringankan beban mereka dalam persiapan dan perbelanjaan menjelang Hari Raya Aidilfitri. 



Dengan adanya sumbangan daripada para dermawan dan mereka yang berhati mulia, diharapkan mereka dapat merayakan hari raya dengan lebih sejahtera dan bahagia. Setiap sumbangan yang diberikan akan memberikan keberkatan dan keceriaan kepada mereka yang memerlukan.




Oleh itu, marilah manfaatkan kesempatan yang berharga ini dengan memperbanyak amal ibadah dan sedekah. Dengan memberikan sedekah di akhir Ramadan, anda tidak hanya mendapatkan keberkatan dan pahala yang besar, tetapi juga membantu sesama yang memerlukan dalam mengakhiri bulan suci ini dengan penuh kegembiraan dan ketaqwaan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat