ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 15, 2024

INFAQ KOS BANTUAN PALING MENDESAK UNTUK SAUDARA KITA DI GAZA

RM695 / 23.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

24 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Memasuki bulan Syaaban, eskalasi genosida dan sekatan Zionis di Gaza masih terjadi, mari teruskan bantuan untuk saudara kita di sana!


Dalam gelombang kekerasan dan penindasan yang tidak berkesudahan di Gaza, saudara-saudara kita di sana terus menghadapi ujian yang tak terperi. Lebih daripada empat bulan eskalasi penjajah dan genosida yang dilakukan oleh zionis telah menelan korban yang tidak terhitung jumlahnya, memporak-porandakan kehidupan dan keamanan warga awam.



Dokumentasi yang dilakukan oleh Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med menunjukkan rangkaian kekejaman, termasuk pembunuhan yang disengaja oleh drone Israel, bahkan terhadap wartawan yang membuktikan kebenaran kepada dunia. Warga Gaza yang berusaha untuk berkomunikasi dengan keluarga mereka atau mencari internet pun menjadi sasaran, tanpa ampun.



Di tengah kekacauan ini, ratusan bahkan ribuan warga Palestina berjuang untuk memperoleh keperluan asas mereka. Bandar Rafah yang sesak menjadi saksi ketidakpastian dan penderitaan, dengan lebih daripada 1.4 juta orang yang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berjuang untuk mendapatkan roti sehari-hari.



Tidak hanya itu, ribuan keluarga terpaksa tinggal di dalam khemah di tanah perkuburan di Rafah, apabila hampir 1.5 juta orang lain telah ditolak masuk ke bandar yang sudah terlalu padat itu. Yang lebih menyayat hati adalah nasib anak-anak Palestina. Sekurang-kurangnya 17,000 anak terpisah daripada keluarga mereka atau ditinggalkan tanpa pendampingan akibat serangan dan pencerobohan Israel yang berlarut-larut, menurut laporan UNICEF.



Krisis kemanusiaan ini semakin diperparah dengan ancaman terhadap kemudahan kesihatan. Kementerian Kesihatan Gaza memberikan perlindungan terhadap Hospital Nasser, tempat di mana pasukan medis berjuang keras untuk menyelamatkan nyawa, di tengah-tengah serangan yang berkepanjangan.


Namun, di tengah kegelapan ini, sinar harapan datang dari kebaikan dan kepedulian kita. Sebelumnya, sumbangan daripada anda telah memberikan semangat dan kekuatan kepada saudara-saudara kita di Gaza untuk bertahan.



Walaupun kita mungkin tidak mempunyai kekuatan untuk menghalang serangan zionis atau menghancurkan blokade yang menyerlahkan, kita mempunyai kekuatan untuk memberikan bantuan nyata kepada mereka yang memerlukannya. Asar Humanity tidak akan bosan menjemput anda bersama-sama menentang kekejaman ini dan menjadi suara bagi mereka yang tidak mempunyai suara.



Setiap sumbangan yang kita berikan adalah bukti sokongan kita terhadap perjuangan mereka untuk mempertahankan tanah air mereka dan membebaskan Al-Aqsa. Sumbangkan sekarang, kerana setiap bantuan kita adalah tanda solidariti kita dengan perjuangan kemanusiaan di Gaza. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada Tuan, Puan dan keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2024

Kempen Sumbangan Tamat