PONDOK MODEN DARUSSALAM SIJANGKANG

Dimulakan pada Sep 09, 2022

DANA KOS OPERASI BULANAN PONDOK MODEN DARUSSALAM SIJANGKANG

RM2,955 / 5.91 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

164 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU LAH KAMI MENGUMPUL DANA INFAQ UNTUK MENAMPUNG KOS OPERASI BULAN MARCH DAN APRIL 2023 PONDOK MODEN DARUSSALAM SIJANGKANG BERJUMLAH RM 50,000.


Bukan niat kami untuk meminta-minta, tetapi kami ingin bersama-sama dengan sahabat semua, untuk meraih pahala dengan berinfaq waima RM10 sekalipun. Bukan nilainya yang dipandang, tetapi amal jariah yang akan kekal untuk kita bawa bekalan apabila kita telah tiada di dunia ini.



Pondok Moden Darussalam Sijangkang memerlukan RM 50,000 untuk menampung perbelanjaan 2 bulan kos operasi untuk bulan March dan April 2023 dan kami masih perlukan RM 47,880.



Puan Sharifah, Pengelola Pondok Moden Darussalam Sijangkang


PMDS dikelola oleh Pn.Sharifah, seorang ibu tunggal yang menyambung hasrat arwah suaminya. Beliau telah mengusahakan PMDS selama hampir 4 tahun bersama arwah suaminya, Ustaz dan Ustazah. Segala macam ujian dalam memperjuangkan Rumah Al-Quran, PMDS. Kunjungan Ustaz Abdul Somad pada tahun 2019 sangat memberi kegembiraan dan kekuatan kepada seiisi keluarga PMDS.



Kami di Pondok Moden Darussalam Sijangkang (PMDS), berkonsepkan Home Tahfiz atau Pembelajaran Tahfiz di Rumah. PMDS telah ditubuhkan sejak Januari 2018 berbeza dengan pusat atau madrasah tahfiz yang lain. PMDS terletak di Lot 1377, Jalan Utama Batu 8, Sijangkang, Teluk Panglima Garang, 42500 Klang, Selangor.


Nama Pusat Tahfiz ini diambil sempena nama Pondok Moden Darussalam Gontor, sebuah institusi pengajian Islam yang termasyhur di dunia. PMDS telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam dan telah telah mendapat kelulusan, no. pendaftaran JLD.8 (42) untuk pondok putra dan JLD.8 (43) untuk pondok putri. Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk melawat ke Pondok Moden Darussalam Sijangkang, Klang. 






PMDS juga merupakan Penolong Amil Zakat yang bertauliah yang telah dilantik secara rasminya oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Perbelanjaan PMDS sedikit sebanyak ditanggung dari hasil jualan bunga kertas dari Kebun Bunga PMDS, aktiviti-aktiviti jualan dan infaq dari orang ramai. Sehubungan itu, kami meminta anda untuk memberikan infaq bagi meringankan perbelanjaan PMDS.



KAMI SANGAT MENGHARGAI SUMBANGAN ANDA!


Sebagai menghargai sumbangan anda, pihak PMDS akan mengadakan Bacaan Yaasin & Tahlil Arwah (Setiap Isnin & Khamis) oleh Hafiz dan Hafizah dan kami akan update di Facebook PMDS. Semoga pahala sedekah yang diniatkan untuk nama-nama arwah yang Tuan/ Puan hajatkan, diterima oleh Allah dan menjadi sebab kepada arwah untuk mendapatkan keampunan dari Allah.


Jom#BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

ZAIHAR MOHAMED TAHIR

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 20, 2023

AB RAHIM BIN SULAIMAN

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat