ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 25, 2023

INFAQ BAYARAN PENGAJIAN SEKOLAH RENDAH ANAK YATIM PIATU

RM745 / 24.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

47 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Masih sekolah di kelas 3 sekolah rendah, kehilangan orang tua, bagaimana masa depan mereka? Jom bantu Khairul Anam membayar kos dan keperluan pengajian!


"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (An-Nisaa' 4:36)



Khairul Anam dan Khaerul Imam adalah dua anak yatim piatu yang sejak tahun lalu sudah tak memiliki ibu dan bapa. Tahun 2020 yang lepas merupakan tahun yang sangat menyedihkan, karena masa itu bapanya meninggal dunia, kemudia ibupun menyusul bapa berpulang ke Rahmatullah tak lama satu minggu kemudian.



Sudah lah kehilangan kedua orang tua. Sang kakak Khairul Imam sakit lumpuh karena kekurangan gizi. Tubuhnya kurus kering, terlihat tulangnya terbalut kulit sahaja. Kakak hanya bisa tidur terbaring di atas tilam yang tipis. Sudah menjadi tanggungjawab Khairul Anam, sang adik yang harus merawat kakaknya. Ya Allah, malang betul nasib anak ini.



Adik yang belum genap 9 tahun rela menjaga kakaknya. Namun memang usia tak bisa ditutupi, dia pun terkadang tak sanggup mengangkat badan kakaknya untuk membasuh badan. Di rumah sederhana ini mereka tinggal berdua hanya dengan bantuan jiran dan saudara terdekat yang kasihan. Bau tak sedap tercium pekat di ruangan kecil ini karena kakaknya sering buang air kecil di atas tilam. Mereka tak mampu membeli lampin untuk makan harian sahaja sangat sulit.



Alhamdulillah masih ada jiran mereka yang mau membantu. Cerita salah satu jiran terdekat, "Kami tak memberikan izin Khairul Anam untuk bekerja, dia masih duduk di kelas 3 sekolah rendah, patutnya dia sekolah sahaja. Tubuhnya juga kecil dan lemah, suatu hari dia kerja mengangkat tabung gas, tapi kami tak perasan melihatnya”.


Dua anak ini sangat membutuhkan bantuan kita, kempen ini kami lancarkan untuk infaq khas bayaran sekolah rendah dan juga keperluan belajar. Bismillah kita sayangi anak yatim piatu, sebagai mana Nabi menganjurkan merawat anak yatim. InshaAllah sumbangan dari anda akan sangat membantu Khairul adik beradik melanjutkan sekolah agar memiliki masa depan yang lebih baik.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Sep 04, 2023

YUSUF ASKARA SALIQ AHMAD IMRAN SALIQ

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2023

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2023

Kempen Sumbangan Tamat