ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 03, 2023

INFAQ KOS PENGAJIAN DAN TASMI QURAN PELAJAR TAHFIZ DAN DHUAFA DI GAZA

RM180 / 6.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom meraih pahala jariyah melalui infaq untuk mengekalkan kegiatan pengajian dan Tasmi Al-Quran supaya terus bergema Al-Quran di bumi Palestin!


Masih di dalam keberkahan bulan Maulidur Rasul, Asar Humanity menjemput anda semua untuk memaksimalkan amalan shalih. Salah satunya dengan memberikan infaq terbaik untuk membantu pelaksanaan Tasmi Al-Quran untuk pelajar tahfiz dan golongan asnaf di Gaza. Pembatasan kegiatan penduduk di Palestin belum berhenti hingga saat ini, sektor kehidupan dilumpuhkan yang paling teruk adalah di Semenanjung Gaza. Aktiviti penghafal Al-Quran juga sering terganggu, mereka harus berhati-hati karena serangan bertubi-tubi menghancurkan banyak masjid dan fasiliti umum.



Saat ini generasi penghafal Al-Quran Palestin menjadi pilar utama untuk tetap mengekalkan jiwa pejuang dan meneruskan syiar agama. Ramai pertubuhan kemanusiaan di Gaza bekerjasama dengan masjid dan rumah tahfiz melaksanakan pengajian Al-Quran hingga Tasmi Al-Quran supaya hafazan terus terjaga.



InshaAllah Asar Humanity akan terus menghantarkan amanah anda kepada mereka. Seperti yang sudah sering anda lakukan sedekah Al-Quran untuk kegiatan. Alhamdulillah Al-Quran dari anda sudah sampai di tangan pembaca Al-Quran di Gaza. Barakallahu fiikum, semoga Allah SWT mencurahkan pahala jariyah dan keberkahan dari setiap huruf yang dihafazkan.



Mari terus sokong rangkaian kegiatan memelihara hafazan Al-Quran bagi tahfiz di Gaza. Meriahkan masjid dan rumah tahfiz di Gaza dengan ayat-ayat Al-Quran yang terus mengalun dari lisan generasi Qurani. InshaAllah sumbangan anda akan diagihkan untuk membantu kegiatan pengajian Al-Quran hingga Tasmi Hafiz Quran. Sumbangan anda juga akan diagihkan untuk bantuan makanan bagi peserta tahfiz.



“Apabila anak adam (manusia) telah meninggal dunia, maka terputuslah amalnya darinya, kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah (sedekah yang pahalanya terus mengalir), ilmu yang bermanfaat, atau anak saleh yang selalu mendoakannya.” (HR Muslim No. 1631)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2023

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2023

KHAIRUNNISA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat