Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,105 / 36.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
69 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di tengah teriknya panas dan kesukaran yang mencengkam, anak-anak kecil di Gaza seperti yang dialami oleh Nimah, "Anak-anak saya menangis sepanjang hari kerana khemah yang terlalu panas. Kami tidak boleh bertahan di dalamnya walaupun sekejap," keluhnya, menggambarkan betapa pedihnya hidup tanpa akses kepada air bersih yang amat diperlukan.
Krisis air bersih di Gaza bukan sekadar masalah semula jadi. Tindakan tidak berperikemanusiaan Israel yang sengaja memusnahkan sumber-sumber air termasuk telaga, takungan, dan loji penyahgaraman, menyebabkan lebih 1.5 juta rakyat Palestin terperangkap dalam situasi yang semakin kritikal. Kekurangan air kini mengancam kesihatan mereka dengan dehidrasi, penyakit kulit, dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Di Khan Younis, pelarian terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan air dari lubang yang dalam, yang sering kali tidak mencukupi untuk keperluan harian mereka. Di Gaza, setiap titisan air menjadi amat berharga. Penggunaan air kini hanya sekitar 15 liter per orang setiap hari – jauh di bawah standard global yang menetapkan 100 liter. Keadaan semakin meruncing dengan serangan dron Israel yang terus menyasarkan rakyat Palestin yang sedang berusaha mendapatkan air di Sekolah Yafa, menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan mereka yang tidak berdosa.
Asar Humanity bertekad untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza yang berhadapan dengan situasi yang amat mencabar ini. Kami menjemput anda semua untuk turut serta dalam usaha murni ini dengan menyumbang mulai RM10. Sumbangan anda akan membantu menyediakan air bersih yang sangat diperlukan oleh ribuan pelarian yang berada dalam keadaan terdesak.
Sebelum ini, amanah anda telah berjaya mengagihkanlori air bersih ke kem pelarian di wilayah Deir Al Balah, wilayah Al Zaitoun, dan juga wilayah Khan Younis. Tapi usaha ini masih saudara kita perlukan. Jangan kita berputus asa berhenti di sini!
Setiap sumbangan anda bukan sahaja memberi mereka air, tetapi juga menyalurkan mesej solidariti dan keprihatinan kita kepada mereka yang terpaksa berhadapan dengan keadaan hidup yang sangat sukar. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan sumbangan kita dalam merealisasikan keadilan dan kebebasan bagi saudara-saudara kita di Palestin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami