ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 28, 2023

INFAQ PEMBINAAN TEMPAT PERLINDUNGAN YANG PATUT BAGI KANAK SYRIA

RM120 / 4.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Miliki lot saham jariyah dengan berinfaq mewujudkan Kampung Kita tempat perlindungan yang sesuai bagi kanak-kanak mangsa krisis kemanusiaan di Syria!


Kempen pembinaan tempat perlindungan yang seuai bagi pelarian Syria di Tal Abyad kami lancarkan kembali karena belum cukup dana untuk menyokong 20 unit bagi keluarga pelarian Syria yang mana majoriti adalah kanak-kanak dan wanita. Sejak tahun 2020 kawasan Tal Abyad menjadi tempat tujuan pelarian jutaan mangsa peperangan di Syria.



"Segeralah melakukan amal soleh (sebelum datang) tujuh perkara. Apakah yang kamu perlu tunggu melainkan kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada beramal), atau kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas, atau penyakit yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran, atau kematian yang cepat (secara tiba-tiba), atau adanya Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling ditunggu-tunggu, atau datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat dan lebih sukar." (Sunan At-Tirmidzi 2306)



Mereka menjadi pelarian di negara mereka sendiri, salah satunya iaitu mencari tempat berlindung di bangunan-bangunan yang tersisa. Sudah pasti ini bukan kondisi yang baik bagi kanak-kanak. Konflik kekerasan, kerosakan menjadi trauma dan pukulan pada kesihatan mental mereka. Ramai kanak-kanak ini mengalami gangguan tekanan selepas trauma, kebimbangan dan kemurungan.


Hak mereka banyak dirampas, salah satunya untuk mendapatkan pengajian yang sepatutnya. Kini ramai dari mereka tidak dapat bersekolah dan mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Padahal aktiviti belajar dan juga menerima rawatan kesihatan adalah baik bagi mereka menyembuhkan luka batin.




Asar Humanity bersama pertubuhan kemanusiaan Cinta Syria Malaysia dan juga pertubuhan kerajaan tempatan bermaksud untuk membaik pulih bangunan bekas sekolah Tal Abyad. Kawasan ini akan dibina beberapa unit rumah, Asar Humanity dan Cinta Syria Malaysia mengambil bahagian untuk membina 20 unit. Kos untuk satu unit rumah membutuhkan biaya sebesar RM42,500.


Kami tidak dapat mewujudkan ini sendiri, kami membutuhkan bantuan anda. Tidak hanya rumah, kawasan ini akan dilengkapi dengan sentral pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang dapat mudah diakses. Sehingga kanak-kanak dapat dengan mudah mendapatkan pengajian. Begitu pula jika ada sesiapa saja, warga emas dan orang berkebutuhan rawatan kesihatan. InshaAllah tempat perlindungan ini memberikan akses yang patut bagi mereka.



Anda dapat berinfaq 1 lot senilai RM50, inshaAllah ini akan menjadi saham jariyah anda kerana telah bantu menghadirkan rumah, sekolah dan perkhidmatan kesihatan di kawasan Tal Abyad. Anda juga boleh berinfaq mulai dengan RM10 untuk membantu program ini segera wujud. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan dan Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat