ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 16, 2023

INFAQ PEMBINAAN TEMPAT PERLINDUNGAN PELARIAN DAN SEKOLAH ANAK SYRIA

RM270 / 9.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Miliki saham jariyah dengan berinfaq mewujudkan Kampung Kita tempat perlindungan yang patut bagi mangsa pelarian Syria!


Kami memaklumkn kembali kempen untuk pembinaan tempat perlindungan pelarian Syria di Tal Abyad. Di kawasan Tal Abyad inilah jutaan penduduk pelarian internal Syria mencari tempat berlindung di bangunan-bangunan yang tersisa akibat perang. Mangsa yang paling terjejas adalah kanak-kanak. Konflik berkepanjangan ini memberi kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental mereka. Seringkali kami jumpai kanak-kanak ini mengalami gangguan tekanan selepas trauma, kebimbangan dan kemurungan.



Dampak lainnya adalah kanak-kanak di Syria tidak dapat bersekolah, padahal aktiviti belajar menjadi salah satu trauma healing bagi mereka. Di mana sistem kesihatan pun belum bisa sepenuhnya pulih dari kerosakan. Akibatnya, ramai kanak-kanak tidak dapat mengakses penjagaan kesihatan yang mereka amat butuhkan.



Berdasar dari fakta ini lah Asar Humanity bersama pertubuhan kemanusiaan Cinta Syria Malaysia dan juga pertubuhan kerajaan tempatan bermaksud untuk membina balik bangunan bekas sekolah Tal Abyad yang menjadi kem pelarian. Namun, kondisinya belum baik dan masih berbahaya bagi kanak-kanak. Maka dari itu pembinaan bangunan ini akan dibuatkan rumah susun yang patut untuk mangsa pelarian Syria. Sebanyak 20 unit akan kami bina untuk keluarga pelarian. Satu unit rumah membutuhkan biaya sebesar RM42,500. Namun, kami tidak dapat bergerak sendiri, kami membutuhkan bantuan anda.



Harapannya selama 6 sampai 8 bulan hadapan bekerja sama dengan pertubuhan kemanusiaan bersama-sama ingin mewujudkan kehidupan lebih baik bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa paling terjejas. Selain itu, kawasan tempat perlindungan ini akan dilengkapi dengan sentral pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang dapat mudah diakses.



Asar Humanity bersama dengan Cinta Syria Malaysia menjemput anda untuk mewujudkan Kampung Kita iaitu kawasan tempat tinggal yang patut dan aman untuk kanak-kanak Syria. Anda dapat berinfaq 1 lot senilai RM50. InshaAllah ini akan menjadi saham jariyah anda kerana telah bantu menghadirkan rumah, sekolah dan perkhidmatan kesihatan di kawasan Tal Abyad. Anda juga boleh berinfaq mulai dengan RM10 untuk membantu program ini segera wujud.



Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".(Saba' 34:39)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2023

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat