Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon sumbangan infaq untuk membantu pembinaan menara azan di maahad tahfiz kami. Menara azan memiliki peranan penting dalam mengumandangkan panggilan azan lima kali sehari, khususnya di maahad untuk memanggil para pelajar tahfiz dan warga maahad mendirikan ibadah dan mengingati Allah SWT.

Hasil sumbangan yang terkumpul nanti akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membangunkan menara azan yang indah menjadi simbol keindahan agama dan memberikan manfaat jangka panjang bagi seluruh komuniti maahad tahfiz. Menara azan yang kukuh dan indah akan memberikan suasana khusyuk dalam menjalankan ibadah dan penghafalan Al-Quran.

Berinfaq dalam pembinaan menara azan merupakan salah satu bentuk ibadah yang mulia. Dengan memberikan sumbangan untuk pembangunan menara azan, para penyumbang terlibat secara langsung dalam membangun prasarana untuk mengingatkan waktu-waktu ibadah dan mengajak orang lain untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Oleh itu, pihak maahad mengajak para dermawan yang memiliki keprihatinan untuk berinfaq dalam pembangunan menara azan ini seikhlas hati kalian. Setiap sumbangan para penyumbang akan menjadi bekal amal jariyah dan amat berarti bagi para pelajar di sini untuk terus memperdalam ilmu agama dan menjadi huffaz Al-Quran. Semoga apa yang diinfakkan akan terus mengalirkan pahala kepada para penyumbang walaupun setelah meninggal dunia. Hal ini menjadi ladang pahala yang berlanjutan dan membawa manfaat di akhirat nanti.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini