Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM505 / 16.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
27 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dilahirkan dengan keterbatasan fizikal dan mental, kanak-kanak di Rumah Azaki Bogor tidak diingini oleh keluarga mereka dan ditinggalkan begitu saja. 25 kanak-kanak di sini adalah yatim, mangsa rumah tangga yang rosak, dan orang kurang upaya (OKU). Mereka semua dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang.

Namun, dana yang terhad dan ketiadaan penderma tetap menyebabkan pentadbir rumah anak yatim ini sering mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan hidup, daripada makanan, elektrik, sewa rumah, sehinggalah kepada rawatan rutin untuk kanak-kanak yang menghidap epilepsi dan penyakit lain.

Sama seperti kanak-kanak lain seusia mereka, kanak-kanak yatim dan OKU di Rumah Azaki juga ingin bermain, menjalani kehidupan yang selesa dan penuh, dan merasai kehangatan kasih sayang ibu bapa.

Jom sayangi dan sokong kehidupan kanak-kanak di Rumah Azaki ataupun yang lainnya dengan menyediakan pakej makanan!
Rasulullah ﷺ bersabda, “Aku dan orang yang memelihara anak yatim (kedudukan mereka) di syurga adalah seperti ini”, lalu baginda ﷺ memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya, dan merenggangkan mereka sedikit. (HR. Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta bantuan dan sokongan dari para dermawan, ASAR Humanity kembali menyalurkan Paket Pangan untuk Rumah Azaki, sebuah kegiatan rutin yang hampir dilakukan setiap minggu. Bantuan ini bukan sahaja membantu memenuhi keperluan gizi anak-anak disabilitas, tetapi juga meringankan beban operasional yayasan.

Pengurus Rumah Azaki mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan dan menyampaikan keperluan lain seperti alat terapi bekam, obat tetes telinga, madu, susu, serta bantuan operasional untuk penyewaan rumah dan tunjangan pengurus.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang terus mengalir dan membawa keberkahan bagi semua. Terima kasih para dermawan yang sentiasa mendukung misi kebaikan ini.
Mari teruskan misi kebaikan ini bersama ASAR Humanity!
https://sumbangan.com/makananberkhasiatbagipelajarmaahad
#BerkongsiKebaikan
#ASARHumanity
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta bantuan dan sokongan dari para dermawan, pasukan ASAR Humanity baru sahaja menyelesaikan kegiatan menyalurkan makanan siap santap dan pakej makanan untuk anak-anak istimewa di Rumah Azaki.


Senyuman ceria terpancar dari wajah anak-anak ini menyambut kehadiran kita semua. Melalui bantuan berupa beras, telur, minyak, sayur-sayuran, dan buah-buahan, kini keperluan makanan mereka dapat dipenuhi dengan lebih baik, di samping mengurangkan kos operasi yayasan.
Setiap hidangan ini penting untuk menyokong tumbuh kembang mereka dengan nutrisi yang seimbang dan bermanfaat.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan yang terus menebarkan kebaikan dan kasih sayang.


Untuk tuan-tuan yang ingin terus menyokong program kami, sila klik pautan di bawah ini dan jom bersama-sama #buatbaik.
https://sumbangan.com/sedekahmualaf
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 01, 2024
MISBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 01, 2024