Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM610 / 20.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kenalkan anak usia 13 tahun yang bernama Mohammed, ia tinggal di Semenanjung Gaza. Tak ada yang bisa mengetahui di balik senyumnya ternyata ia memiliki kehidupan keras. Ia tinggal bersama ibunya dan adik-beradiknya. Sejak kecil Mohammed sudah harus bertanggungjawab ke atas rumah. Kematian bapaknya akibat kanser setelah menjalani kemoterapi. Tahun 2021, bapaknya meninggal dunia ketika Mohammed berumur 11 tahun. Saat itu juga keluarga ini kehilangan sosok tulang belakang keluarga.
Mohammed adalah seorang kanak-kanak yang suka bermain bola sepak dan melukis. Namun ia tak bisa selalu melakukan kegiatan yang ia sukai, ibunya berkata bahawa dia harus membantu abang dalam bidang pertanian agar mereka memiliki wang. Dari hasil bekerja, Mohammed menerima 20 shekel atau RM24 sehari, alhamdulillah ada untuk memenuhi keperluan asas keluarganya di rumah.
Mohammed keluar dari pukul 3.00 pagi untuk bekerja. Ketika musim panas, udara panas yang melampau di tanah pertanian sehingga dia terdedah kepada penyakit. Ibunya berkata bahawa apabila Mohammed pulang ke rumah selepas bekerja, dia datang dalam keadaan letih. Sehingga ia bergegas tidur sahaja tanpa meminta makanan.

Kematian bapanya menyebabkan dia membesar bertahun-tahun lebih tua daripada usianya. Rumah mereka tidak melebihi keluasan 80 meter terdiri daripada 3 bilik usang di bawah papan Zinko dan ia bukan milik mereka melainkan bapa suaminya. Jadi rumah itu panas pada musim panas dan melampau sejuk pada musim sejuk.
Adapun perabot di dalam rumah itu sangat usang kerana tidak ada almari untuk peralatan rumah. Keadaan serba terbatas mereka tak sedia air, maka Mohammed membeli air dari jiran mereka dalam botol. Sementara itu mereka juga terbatas dalam penggunaan elektrik padahal ini menjadi kewajiban bagi mereka membayar kad elektrik setiap bulan. Ibunya yang bekerja melakukan kerja-kerja pembersihan rumah sehingga ada tambahan pemasukan keluarga.

Asar Humanity menjemput anda untuk meringankan perjuangan Mohammed dan Ibunya menyara kebutuhan hidup. Mari kita hantarkan pakej makanan asas dan barang runcit untuk persediaan mereka makan. Sehingga wang yang ada dapat dibelikan untuk keperluan lainnya seperti bayaran elektrik, air dan juga kebutuhan sekolah adik-beradik.

Mulai dari infaq RM10 anda dapat mengagihkan pakej berisi beras, tepung, kacang, roti, makanan tin, minyak dan makanan pelengkap lainnya. InshaAllah keberkahan akan terpancar bagi anda yang berinfaq dan keluarga miskin di Gaza yang menerima bantuan. Mohammed dan ibunya hanyalah salah satu figura keluarga miskin di Gaza. InshaAllah kami juga butuhkan bantuan anda untuk meluaskan kebahagiaan bagi keluarga miskin yang lain.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Aug 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Aug 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Aug 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 06, 2023