ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 22, 2022

INFAQ MAKANAN UNTUK IBU TUNGGAL DAN ANAK YATIM

RM1,260 / 15.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

102 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari berinfaq menyediakan pek makanan untuk Ibu tunggal dan anak yatim, inshaAllah pahalanya seperti berjihad di jalan Allah!


Ibu adalah tokoh yang mendapat perhatian khusus dan menjadi mulia dalam Islam. Dalam Hadis Nabi menyeru berbuat baik kepada ibu sebanyak 3 kali. Bukan tiada sebab ibu harus dimuliakan. Hal ini disebut dalam Al-Quran Surah Lukman ayat 14.


"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya pada usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Kulah kamu kembali.” (Surah Luqman Ayat 14).


Doa dan perjuangan ibu untuk memastikan kita hidup sihat, bahagia dan terpelajar tidak pernah putus. Kisah ini juga dapat kita ketahui daripada seorang ibu tunggal di Depok. Nama dia Puan Heni. Beliau seorang ibu tunggal, suaminya pergi dengan alasan pulang ke kampong tempat kelahirannya tetapi tiada kembali lagi. Puan Heni mempunyai 3 orang anak. Alhamdulillah dapat hantar anak pertama bersekolah ke Maahad, pentadbir Maahad membolehkan anaknya sekolah secara cuma-cuma, kemudian anak kedua dapat belajar di Madrasah Tsanawiyah. Setiap bulan Puan Heni berkesusahan nak bayar kos pendidikan anak kedua iaitu RM31, itupun sudah tertunggak 3 bulan.




Puan Heni bekerja sebagai pekerja dobi setiap hari. Satu hari dia dibayar lebih kurang RM11. Tapi malangnya, sudah seminggu tidak ada panggilan untuk mencuci lagi. Anak ketiga, berumur 2 tahun, kini semakin membesar, selalunya anak ini sakit dan demam. Puan Heni berpesan kepada anak-anaknya, agar rajin bersekolah sehingga kelak dapat memperbaiki nasib keluarga.


Di rumah yang sederhana, Puan Heni tinggal bersama anaknya. Malah sebulan, Puan Heni perlu membayar yuran sewa sebanyak RM137. Dia terpaksa menghidupi dirinya untuk menyara anak-anak dan perbelanjaan harian. Jika tiada apa-apa untuk dimakan, dia dan anak-anaknya terpaksa makan nasi aking atau kering sisa nasi untuk menghilangkan rasa lapar.




Jom! Bantu Puan Heni dan ibu tunggal yang lain untuk mengurangkan sedikit perbelanjaan harian. Beri mereka pek makanan asas, supaya mereka tidak perlu berbelanja lebih untuk kos makanan. Wang yang mereka ada dapat digunakan untuk kos lain seperti yuran pendidikan dan kos sewa rumah.


“Orang yang memberi kecukupan kepada para janda dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang qiyamul lail di malam hari atau yang berpuasa di siang harinya.” (HR Bukhari No: 4934)


Insha Allah kebahagiaan yang Anda hantarkan untuk ibu tunggal dan anak yatimnya akan meringankan kesusahan mereka. Semoga Allah SWT limpahi keberkahan, perlindungan serta kelancaran rezeki bagi Anda dan keluarga. Amiin ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat