Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,260 / 15.75 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
102 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ibu adalah tokoh yang mendapat perhatian khusus dan menjadi mulia dalam Islam. Dalam Hadis Nabi menyeru berbuat baik kepada ibu sebanyak 3 kali. Bukan tiada sebab ibu harus dimuliakan. Hal ini disebut dalam Al-Quran Surah Lukman ayat 14.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya pada usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Kulah kamu kembali.” (Surah Luqman Ayat 14).
Doa dan perjuangan ibu untuk memastikan kita hidup sihat, bahagia dan terpelajar tidak pernah putus. Kisah ini juga dapat kita ketahui daripada seorang ibu tunggal di Depok. Nama dia Puan Heni. Beliau seorang ibu tunggal, suaminya pergi dengan alasan pulang ke kampong tempat kelahirannya tetapi tiada kembali lagi. Puan Heni mempunyai 3 orang anak. Alhamdulillah dapat hantar anak pertama bersekolah ke Maahad, pentadbir Maahad membolehkan anaknya sekolah secara cuma-cuma, kemudian anak kedua dapat belajar di Madrasah Tsanawiyah. Setiap bulan Puan Heni berkesusahan nak bayar kos pendidikan anak kedua iaitu RM31, itupun sudah tertunggak 3 bulan.
Puan Heni bekerja sebagai pekerja dobi setiap hari. Satu hari dia dibayar lebih kurang RM11. Tapi malangnya, sudah seminggu tidak ada panggilan untuk mencuci lagi. Anak ketiga, berumur 2 tahun, kini semakin membesar, selalunya anak ini sakit dan demam. Puan Heni berpesan kepada anak-anaknya, agar rajin bersekolah sehingga kelak dapat memperbaiki nasib keluarga.
Di rumah yang sederhana, Puan Heni tinggal bersama anaknya. Malah sebulan, Puan Heni perlu membayar yuran sewa sebanyak RM137. Dia terpaksa menghidupi dirinya untuk menyara anak-anak dan perbelanjaan harian. Jika tiada apa-apa untuk dimakan, dia dan anak-anaknya terpaksa makan nasi aking atau kering sisa nasi untuk menghilangkan rasa lapar.
Jom! Bantu Puan Heni dan ibu tunggal yang lain untuk mengurangkan sedikit perbelanjaan harian. Beri mereka pek makanan asas, supaya mereka tidak perlu berbelanja lebih untuk kos makanan. Wang yang mereka ada dapat digunakan untuk kos lain seperti yuran pendidikan dan kos sewa rumah.
“Orang yang memberi kecukupan kepada para janda dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang qiyamul lail di malam hari atau yang berpuasa di siang harinya.” (HR Bukhari No: 4934)
Insha Allah kebahagiaan yang Anda hantarkan untuk ibu tunggal dan anak yatimnya akan meringankan kesusahan mereka. Semoga Allah SWT limpahi keberkahan, perlindungan serta kelancaran rezeki bagi Anda dan keluarga. Amiin ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga khabar ini menjumpai anda dan keluarga dalam keadaaan baik dan sejahtera.
Memasuki pertengahan bulan Muharram, kami tak pernah bosan mengingatkan anda keutamaan bulan Muharram yang kita ketahui termasuk salah satu bulan dari 4 bulan haram. Dalam surat At Taubah ayat 36 Allah SWT perintahkan untuk memuliakannya dengan melakukan amalan kebaikan dan menjauhi perbuatan maksiat.
Jangan sampai terlepas dengan perbuatan yang biasa. Pada bulan haram Allah akan melipat gandakan pahala atas amalan shalih, dan juga akan melipatkan dosa dari maksiat. Naudzubillah. Maka dari itu mari kita maksimalkan dengan amalan shalih yang juga dapat dirasakan oleh saudara-saudara kita yang kekurangan. Jika bulan Muharram ini berakhir, kita harus menunggu 4 bulan kedepan sampai bulan haram selanjutnya iaitu bulan Rejab.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semoga tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin
Alhamdulillah, pada hari Rabu, 7 Disember 2022 pasukan Asar Humanity telah berjaya menghantar amanah dari tuan-tuan dan puan-puan berupa pakej makanan yang berisi 5 kg beras, 2 liter minyak, 1 kg gula, 1 pek teh dan 1 keping sardin.
Di mana sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan digabungkan dengan sumbangan daripada kempen lain untuk meluaskan manfaat yang sedia. Sehingga sebanyak 115 pakej makanan dapat diagihkan kepada penerima manfaat di 6 desa yang berlokasi di Aceh, Indonesia, diantaranya:
1. Desa Gampong Pulo Ara, Kecamatan Kota Juang Kabupaten Bireuen
2. Desa Juli Seutuy, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
3. Desa Tambo Tanjong, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
4. Desa Benyot, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
5. Desa Balee Panah, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
6. Desa Teupin Mane, Kecamatan Juli, Kabupdaten Bireuen
Dan alhamdulillah atas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dalam menyumbang untuk bantuan berupa pakej makanan, senyuman gembira terpancar di wajah para penerima manfaat ketika mendapat pakej makanan daripada tuan-tuan dan puan-puan, sebaliknya mereka berasa dibantu oleh kebaikan tuan-tuan dan puan-puan.
Semoga Allah SWT membalas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dengan sebaik-baik balasan, dan semoga bantuan tuan-tuan dan puan-puan ini menjadi salah satu washilah diijabahnya do’a tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin. Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan.
Semoga Tuan dan Puan dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Asar Humanity telah melancarkan kempen bertemakan Ingin Dekat Rasul semasa bulan Rabiul Awal. Di bulan kelahiran Nabi ini, Alhamdulillah, kita berkongsi memperingati dengan penuh kesyukuran atas kurniaan Allah SWT, mengutuskan insan terbaik sebagai pembimbing kita sebagai umat, Nabi Muhammad SAW. Salah satu caranya dengan membahagiakan orang-orang yang dicintai Nabi iaitu peran ibu tunggal dan anak yatim.
Sebagaimana dalam hadis, sosok ibu disebutkan sampai dengan 3 kali, dan makluman Rasulullah juga untuk memelihara anak yatim. Walaupun mereka bukan keluarga kandung kita, tetap kami ingin melancarkan kempen ibu tunggal dan anak yatim untuk membahagiakan mereka.
Alhamdulillah sumbangan dari Tuan dan Puan sudah dihantarkan kepada ibu tunggal yang ditinggalkan suaminya karena kematian. Ada juga anak yatim yang tinggal di maahad untuk belajar Al Quran. Nasib baik tidak selalu mereka miliki.
Kami gabungkan capaian kempen ibu tunggal dan yatim supaya boleh hantarkan banyak bantuan. (https://sumbangan.com/wargaemasdanibutunggaldicintairasul)
Kurang lebih 30 bungkusan pangan yang dikirimkan berisi 5 kg beras, 1 kg gula, 2 liter minyak masak, 1 kotak teh, dan 2 tin 150 ml sardin. Mashallah. Semoga bantuan dari Tuan dan Puan menjadi kebahagiaan bagi ibu tunggal dan anak yatim. InshaAllah upaya kita semua untuk memelihara orang tua dan anak yatim yang dhaif menjadi bekal kita untuk berjumpa dengan Rasulullah di akhirat kelak. Aamiin Allaumma Aamiin.
Kami harap kebaikan ini tidak berhenti sampai di sini. Teruslah jadi Pahlawan Kebaikan dan membantu orang yang membutuhkan dengan tujuan mencari redha Allah SWT.
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
"Kamu tidak akan sama sekali dapat mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu infakkan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa jua yang kamu infakkan." (Surah Ali-Imran: 92)
Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan/Puan serta keluarga.Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 12, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 12, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 11, 2022