INFAQ MAKANAN LAZAT BERKHASIAT UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ

Dianjurkan oleh:
ASAR HUMANITY
Dimulakan pada:
02 Aug, 2024
INFAQ MAKANAN LAZAT BERKHASIAT UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ
17.67%
RM530
/RM3,000
16
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Mari raih keredhaan Allah SWT dengan berinfaq mengagihkan makanan sihat bagi anak-anak tahfiz generasi masa depan yang tidak mampu menyara makanan!

Salah satu amalan yang sangat mulia adalah membantu anak-anak yatim tahfiz yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Banyak maahad tahfiz yang kini menghadapi kekurangan dana untuk menyediakan makanan bergizi kepada pelajar-pelajar mereka. Pelajar-pelajar ini sering kali datang daripada keluarga miskin, menyebabkan mereka tidak selalu mendapat makanan yang cukup dan sihat. Kekurangan nutrisi boleh menghalang proses pembelajaran dan penghafalan Al-Quran mereka.

Dengan menyediakan makanan sihat, kita boleh membantu anak-anak yatim tahfiz ini membesar dan berkembang dengan optimum. Makanan yang kaya dengan nutrisi bukan sahaja memberikan tenaga yang cukup untuk menyokong pertumbuhan fizikal mereka, tetapi juga membantu mereka lebih fokus dan menumpukan perhatian dalam pelajaran. Dengan asupan gizi yang baik, mereka akan lebih mudah menghafal Al-Quran dan memahami pelajaran.

Harapan kita adalah agar mereka dapat menjadi generasi muda yang cerdik pandai dan berakhlak mulia. Generasi inilah yang sangat diperlukan oleh bangsa dan negara kita. Dengan membantu mereka mendapatkan pendidikan dan pemakanan yang baik, kita berperanan dalam membentuk generasi yang mampu membawa perubahan positif dalam masyarakat.

Asar Humanity mengajak anda untuk berinfaq mulai dari RM10. InsyaAllah, sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk pek makanan yang mengandungi nasi, protein daging, sayur-sayuran, buah-buahan, dan air minuman. Dengan memberikan pendidikan dan asupan gizi yang baik, kita dapat membantu mereka menjadi hafiz dan hafizah yang mampu menyebarkan syiar Islam dan menjadi teladan dalam masyarakat.

Bulan lalu, sumbangan dari anda telah kami salurkan dalam bentuk pek makanan bergizi kepada pelajar Maahad Miftahul Hidayah dan Rumah Tahfiz Asqaf. Alhamdulillah, mereka dapat menikmati makanan yang lazat dan sihat. Namun, masih ramai pelajar tahfiz lain yang memerlukan bantuan kita untuk mendapatkan makanan bergizi. Mari kita teruskan kebaikan ini.

Semoga Allah SWT memberikan keberkatan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan atas segala kebaikan yang telah diberikan.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

HJH ASIAH DAN SELURUH KELUARGA
HJH ASIAH DAN SELURUH KELUARGA
Menyumbang sebanyak RM30.00
Aug 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Aug 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Aug 05, 2024

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SOKONGAN AIR BERSIH UNTUK MANGSA BANJIR MENJELANG RAMADAN
BERKONGSI AIR BERSIH SELAMATKAN PALESTIN
ACEH MASIH MEMERLUKAN HULURAN TANGAN KITA
BANTU MANGSA BANJIR SUMATERA DAN ACEH SEGERA
DARI LUMPUR KE AIR BERSIH HARAPAN BAHARU UNTUK MANGSA BENCANA
Kempen Sumbangan Tamat