ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 26, 2024

INFAQ BANTUAN MAKANAN BAGI MANGSA BENCANA ALAM

RM50 / 1.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bencana alam yang tidak dapat diprediksi terjadi kapan saja, jom bantu sediakan bantuan penyelamatan mangsa bencana alam!


Sejak akhir tahun lalu dan awal tahun ini, beberapa wilayah kita telah berhadapan dengan bencana alam yang tidak dijangka. Hujan lebat yang tidak henti-henti telah menyebabkan banjir, tanah runtuh dan juga peralihan tanah di beberapa kawasan. Dalam keadaan yang sukar ini, beberapa penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat.




Bukan itu sahaja, gunung berapi yang masih aktif menunjukkan aktiviti dan sudah beberapa kali meletus. Agensi penyelamat tempatan telah mengeluarkan beberapa amaran untuk berpindah demi keselamatan bersama. Pada masa inilah kita, sebagai masyarakat yang prihatin, boleh bersama-sama menghulurkan bantuan dan harapan kepada mereka yang terjejas.




Kami menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam memberikan pertolongan cemas kepada mangsa yang terselamat dan mangsa bencana alam. Dengan sumbangan anda, kami boleh menyediakan bantuan yang sangat diperlukan, seperti makanan sedia untuk dimakan, operasi menyelamat, khemah sementara dan pertolongan cemas yang lain.



Anda boleh membantu dengan menyediakan makanan sedia untuk dimakan bagi mereka yang kehilangan akses ke dapur dan keperluan harian. Usaha menyelamat dengan menyediakan peralatan dan sokongan kepada pasukan penyelamat tempatan, membantu pemindahan yang diperlukan.



Kita juga boleh menyediakan tempat perlindungan sementara bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana. Selain itu, peralatan pertolongan cemas dan rawatan perubatan awal kepada mereka yang memerlukan. Marilah kita menjadi hero bersama-sama untuk saudara-saudara kita yang memerlukan!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Kempen Sumbangan Tamat