Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM220 / 7.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Asar Humanity dengan iltizam yang tinggi mengajak anda untuk sama-sama melakukan amal soleh dengan memberikan bantuan makanan asas kepada pelajar di Maahad Tahfiz. Anak-anak yatim, OKU dan fakir miskin dalam pelbagai masyarakat Islam masih sangat memerlukan sokongan kita agar mereka dapat terus mengejar impian mereka dalam menuntut ilmu Al-Quran dan ilmu agama.
Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang besar bagi orang yang bersedekah makanan. Sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, sesiapa yang bersedekah makanan akan masuk syurga melalui pintu khas. Bayangkan, dengan setiap butir beras yang kita sedekahkan, kita menanam benih pahala yang membawa kita ke syurga.
Dengan hanya RM10, anda boleh menyediakan bahan makanan yang berkualiti seperti beras, minyak masak, telur, susu dan bahan makanan lain. Setiap sumbangan yang anda berikan akan menjadi penyampaian kasih sayang dan sokongan kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz yang gigih belajar walaupun terhad.
Marilah kita tunjukkan bahawa rasa ihsan tetap menjadi pendorong utama dalam hati kita, sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Tiada derma yang terlalu kecil. Sebarang bantuan daripada anda akan memberi mereka tenaga dan harapan baharu. Dengan hanya RM10, anda boleh mengubah hidup mereka, memberi mereka nutrisi yang diperlukan untuk terus belajar dan mendalami ilmu agama.
Sertai kami, Asar Humanity, berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan bersama pelajar maahad yang memerlukan. Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan besar. Ayuh rebut peluang untuk beramal dan mendapat ganjaran yang tidak terhad. Semoga setiap cebisan makanan yang kita berikan menjadi saksi kebaikan kita dunia akhirat.
Marilah, bersama-sama Asar Humanity, menghulurkan tangan dan membantu mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan yang anda berikan, tidak kira betapa kecilnya, adalah satu langkah besar untuk mereka. Terima kasih atas sokongan anda tanpa syarat. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan anda dengan limpahan rahmat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Melanjutkan perjalanan Tim Ksatria Asar Humanity menyalurkan amanah dari Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan untuk pelajar maahadi di kawasan Serang, Banten. Tim lapangan juga melawat ke Maahad Roudhatul Qur’an, di mana 70 pelajar maahad dhuafa mendapatkan peluang belajar ilmu agama dengan percuma.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Pengurus maahad sangat berterima kasih, tak henti memanjatkan berdoa kepada Allah semoga para penyumbang diberikan kesehatan dan rizki yang berlimpah. Bantuan anda sangat membantu meringankan kos kebutuhan makanan di maahad ini.
Lihatlah bagaimana mereka dengan senang hati memasak, kemudian makan bersama dalam pinggan besar. Makan mereka sangat lahap. MashaAllah!
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jun 03, 2024
MEOR ROSAZMAN MD IDRIS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 02, 2024