Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM875 / 29.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
33 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di bawah penjajahan Zionis yang kejam, ia meninggalkan luka yang mendalam di hati kita. Kami mendengar berita kematian lagi, Abdul Rahman Al-Dahdouh, seorang warga Palestin yang menjadi mangsa kekejaman kejam akibat dehidrasi dan kebuluran. Tindakan tanpa belas kasihan Israel telah memutuskan aliran bantuan makanan yang sangat penting untuk kehidupan mereka.
Perkara ini juga berlaku kepada Yazan Al-Kafarna, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun penuh keberanian, yang kini telah syahid kerana kekurangan makanan dan penjagaan kesihatan yang mencukupi. Dalam perjuangan untuk terus hidup, Yazan telah kehilangan nyawanya, ditinggalkan oleh sistem kesihatan yang rosak dan kekurangan makanan.
Di tengah-tengah penderitaan , seorang bapa, dengan hati yang penuh kesakitan, mesti mengorek sampah untuk memberi makan anak-anaknya. Inilah realiti kejam keadaan di Gaza yang semakin menusuk.
Kami tidak boleh berbuat banyak tanpa sokongan anda. Kita perlu bersatu dalam memberikan bantuan makanan berkhasiat kepada saudara-saudara kita di Gaza. Walaupun kita tidak dapat memadamkan dinding yang memisahkan kita, kita boleh menunjukkan bahawa kita ada di sini untuk mereka.
Sumbangan anda bukan sahaja membantu menyelamatkan nyawa, tetapi juga menyuarakan perjuangan mereka untuk keadilan dan pembebasan. Bersama-sama, kita akan menunjukkan kepada dunia bahawa kita tidak akan membiarkan saudara-saudara kita di Gaza berjuang sendirian. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 14, 2024
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 13, 2024
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2024